Skip to main content

celah tanah...part II

satu cerita peribadi akan titik permulaan

hameed restoren beranda atas, 1992: "hang boleh tolong aku ka?, jadi body guard, aku ada gig lagi dua minggu" tanya Fathul kat aku sambil minum milo ais, terkedu aku dengar, mentang-mentang aku berukur-lilit pinggang 45inci, dia nak suruh aku jadi bonser, tapi atas dasar setia kawan aku kata ok, jenuh aku praktis kembang dada dan buat muka brader Abby Yus depan cermin, mana pernah aku jadi bonser, gi disko pun setahun sekali time tu, "hang jangan lupa, ari ahad ni kat Machine One (skang ni the Warp), pakai ganaih skit" pesan Fathul lagi (time tu Naem dah print kan aku baju Samael: worship him)


tiba ari ahad aku turun CM dulu jumpak bebudak, gig start dalam kul 4pm, aku jumpa satu mamat ni nama Olie, aku tanya "hang pi tak sat lagi gig tu" dia jawab dengan kering "tengoklah kalau ada masa", time gig baru aku tau dia main drum untuk Silent Death yang headline the show dengan Infectious Maggots, chiss malu beb,


tiba di Machine One Fathul suruh aku jumpa Ajak Bulu tanya apa nak buat, baru aku tau aku kena jaga pintu tengok tiket dalam erti kata lain "i'm the freaking door bitch" aku buat muka garang, semua orang tanya "budak gemuk mana tu susah la nak masuk free cam ni" kat situ aku kenal ramai saudara-saudara baru ku, berjenis-jenis perangai dan ragam (tapi semua ni tak lama selepas dua-tiga gig depa dah tak bagi aku jaga depan dah, sebab dah kenal ramai orang semua nak masuk free, rupanya brader gemok nampak garang tu joker-joker orang nya gittew)


kalau tak silap aku band yang main ari tu Silent Death, Infectious Maggots, Sil-Kahnnaz dan Nemesis (Aru bikin comeback, kepala botak ada lukis tengkorak dengan maker) dan dua tiga band aku dah tak ingat, aku paling terpersona tengok Joe Slaugther (Sil-Khannaz) dengan gitar BCRich warlord dia dan sampai sekarang aku rasa dia gitaris metal yang punya aura metal yang hebat dan sapa yang pernah tengok Maggots time tu pasti dapat rasakan betapa intense dan hebat nya mereka time tu and till now kalau aku kenangkan kan show diorang waktu tu boleh naik goose-bum, Nemesis cover Slayer macam lagu tu depa punya, pergh...pecah kepala,


Pulun, tu ayat yang paling sesuai aku bagi kat band-band tu, besungguh depa kampui main dan bersungguh juga bebudak head-bang, sejuk dingin (hasil dari kipasan rambut head bangers) cuaca depan stage yang tingginya setengah kaki tu, hang pa pernah tengok rambut band boy dan bebudak depan stage tersimpul sekali bila lagu dah abis? hehehe, yang pasti esoknya semua sakit tengkok, kira pakage gig la nih

gelap dan kelam permandangan nya, mana taknya semua baju hitam, loud and blaring, sound rabak, ketiak berkecak, hati masih muda, oh betapa aku rindu saat-saat tersebut, time tu masing-masing dah ada ideologi musik yang dah mula melekat di hati tapi tiada siapa yang kisah akan percampuran di gigs kalau Najib join the scene time tu tentu dia dah bikin "1Underground"


paling best gig zaman tu ada "jam session" bila semua band dah abis main kita jemput kawan-kawan naik bikin kecoh itu stage, pecah perut, guling-guling tengok show impromtu, masa berlebih-lebih pulak, pelik juga aku tengok skang ada band tak sempat main coz tak cukup time, organizer sekarang perlu amik kursus "time management" nih, cuak tengok muka tawkeh club bila lampu dah buka semua, tempat tu dah macam baru kena langgar taufan Katerina, muka organiser pun boleh tahan mencuka kena tolak duit damage hehe


bila show dah abis semua mula cemas, jam dah 11.30 mlm bas banyak tempat dah abis tak dak masa nak lepak lagi, LRT tak wujud lagi time tu, cara terbaik adalah jalan kaki balik ke Brickfield rumah 121C dan aku kena cargas balik naik teksi ke Selayang (esoknya kena kerja), upah yang Ajak bagi jaga pintu (rm20) lebur bayar duit cab tapi tak pa, I enjois....


nanti aku sambung lagi...

Comments

Lelaki Autumn said…
terbaiklah kenangan nih..
~~DucKneSs~~ said…
mak aku pon slalu guna ayat 'pecah pala'..mula2 dgr,terkesima aku weh..

rupa2nya mak aku metal stream..hahahha
Rajuna said…
boleh jadi rujukan sejarah layar seni bawah tanah malaysia hehe. ok, bang cun. jangan berhenti kongsi pengalaman pahit manis dalam scene.
'izzat said…
bila nak chura liya ni bhai... last dengar live tak silap 2005/2006.. dah 2010 ni.
bob..dah baca cerita ni baru aku tau cerita sebnar. dulu masa lu baru masuk Pilgrims, ada rumours bagitau yang lu ni bekas bounzer kelab-kelab malam, disko, dangdut. Kitorang yg budak-budak nih macam kagum lah masa tu, bounzer pun boleh ada band
j or ji said…
hehe.
bagi aku,scene metal atau gig metal lebih mengujakan.lebih best la.
mereka datang memang nak headbanging!
tak boleh tahan-tahan dah..

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/