Skip to main content

kanta cembung pada kaca lut cahaya...

aku sepanjang hayat tak pernah kabur penglihatan kecuali ketika situasi dibawah sedar waktu dulu-dulu (itu lain cerita), aku tak pernah faham apa makna kabur penglihatan "pebende yang blurrr tu?"

dua tiga bulan lepas aku tetiba merasakan itu huruf ada goyang-goyang, aku lemas bila kena undurkan buku jika nak baca, sebagai pembaca tegar aku jadi resah (oh puitis) aku jalan 230 tapak ke kotaraya kemudian di tanya "encik berapa umur sekarang" aku jawab dia angguk dan berkata mari cuba ini mesin lepas tu aku di suruh pakai pengukur ala-ala filem Tim Burton, setengah jam lepas tu aku bayar 50 persent wang cagaran itu...

itu cerita minggu lepas tadi lepas pulang dari kotaraya aku sudah ada cermin mata yamg membuatkan aku tersenyum tika membaca,

tak sangka aku sudah rabun dekat chissss

at least ada sikit dramatik waktu nak buka cermin mata time nak berbicara dengan orang

:)

Comments

j or ji said…
aku tak mahu rabun..dan tak percaya kedai kacamata. aku punya kepercayaan, sesiapa sahaja yang berjaya tokey kedai letakkan mukanya ke mesin penguji mata akan akhirnya meletak deposit untuk beli kacamata..

:P
MagnusCaleb said…
aku juga tak percaya asalnya namun setelah mencuba pengukur ala-ala filem Tim Burton segalanya nya terang benderang aku boleh membaca denagn syahdu, dengan itu aku mengubah kepada undi percaya :)
rabun takleh main main, bila mana satu ketika imej semua jadi kembang, mau tak mau kena letak juga dagu kat mesin tu.

:D
~~DucKneSs~~ said…
hahhaha..weren't u too young to have rabun dekat?

pepon bro,sila makan carrot byk2..
sbb keretlah aku nya power xpenah tmbh2 dh dkt 20taun..

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/