1.
seperti yang anda sedia maklum aku ke pejabat menggunakan LRT yang aku akan turun di station Masjid Jamek, sesampai di situ aku pasti beli air soya bean (sumber protien aku) pada satu auntie berketurunan cina nih, aku beli sebab dia ada tiga jenis peringkat gula, satu titik (tanda atas tutup botol) manis, dua titik separuh manis dan tiga titik rasa gula kat hujung-hujung saja,
Isnin lepas ada satu brader bertali leher dan berseluar kaki senteng (nampak buku lali) sound aku "apesal tak beli kat orang kita?" memang ada pakcik jual soya bean kat sebelah auntie tu, "entah halal ke tidak" sambungnya lagi, aku hanya senyum tebal dan balas balik "kalau sedara tu buat soya bean extra kurang manis macam auntie ni pasti saya beli" dengan muka tak puas hati dia kata balik kat aku sambil berdengus "orang sekarang ni mengada-ngada nak macam-macam, susahlah macam tu nak kena buat tiga rasa, susah nak laku semua?"
aku terus blah dan dengan kurang ajarnya aku jawab dengan separa jerit "jangan lah meniaga kalau pikir macam tu, tak pernah dengar perkataan Daya-Saing ke?"
macam ni punya orang pun ada, susah malaysia nak maju kalau metaliti macam ni wujud lagi
2.
semalam aku dalam LRT nak pulang ke rumah, err perut penuh baru makan di Bakthi Woodlands, aku pasang iPod, letak headphone, ada tiga gadis sekolah menengah siap pakaian seragam berdiri sebelah aku, tengok dari buku yang mereka pegang aku tuduh mereka di tingkatan empat, bosan dengan lagu setlist lama aku nak tukar ke irama french-house (wow techknow la beb) lalu aku terdengar bicara mereka bertiga (mereka pikir aku sibuk melayan irama) dan aku terus mendengar, apakah ini eavesdropping? hehe
macam-macam topik aku dengar, berbezanya mereka dengan zaman aku sekolah dulu, namun itu semua kita kena hadapi dan terima akan perubahan masa, zaman dan budaya, banyak perkara yang taboo sudah di bincangkan dengan selambanya di public, yang jadi masalahnya nya ibu-bapa/penjaga/generasi yang lebih tua yang tidak bergerak dengan zaman, pegun dalam ruang vakum mereka, bukan di minta untuk menjadi terlalu liberal atau membanggakan freedom, perlu update dengan situsai semasa, agar tak jadi macam satu makcik yang aku kenal terduduk, meracau dan hampir pensan bila dapat gambar anak perempuan nya yang amat bersopan dan tertib tingkah laku sedang berpeluk dengan bee-eff dan pegang botol hijau, atau pun pak cik rumah hujung yang tetiba jadi Badang bila dapat tahu anaknya terunanya dah tujuh tahun tak minat kat perempuan,
pendekatan baru penting untuk generasi baru, jurang generasi kini perlukan pandangan yang berbeza untuk proses pembimbingan, aku dan teman-teman sebaya merupakan Generation X yang di tengah-tengah (1981 is the last one) , harap kami diterima oleh Generasi Y yang sedang membesar ini,
bila salah seorang dari mereka berkata dalam keadaan berbisik "aku tak suka betul dengan Herri tu, dia tak suka pakai kondom..." aku terus sambung pasang lagu, terdengar suara mereka ketawa mengelitik, ergh, tak sanggup pakcik nak dengar.
7 comments:
itu laa..
budak budak zaman sekarangg..
tak macam budak budak zaman dulu..
remy:
hehe warga emas sekarang pun cakap macam tu kat kita dulu-dulu :)
herri ni betul lah,pakai la kondom hehehhe
baru tadi dalam bas budak budak tingkatan 4 (penat buat rehearsal kat stadium) cakap,
"Ms Weed, they looked at Bryan Adam condom in wallet!"
huish..bebudak skang nih??!!!!waloppon aku kolot, i'm proud of it..haish..
(ritu sesat waktu kt masjid jamek..chitt..xsuka tol..newcomer gilak..)
aku percaya benda2 yang kita anggap sesuatu yang aneh, ganjil dan menakutkan akan menjadi kebiasaan pada satu masa nanti...
zaman saya kami bincang pasal nak help d people.mmg bukan realis tp bagus utk soul lah.urmmm.tetiba terasa tua.uhuhuhuhu
Post a Comment