Thursday, March 18, 2010

mencuri kala memendam rasa...

rasa amat nak melancong amik cuti, benam kaki kat pepasir pantai, baca buku pakai topi jerami dengan minum jus carrot ada payung kecik sangkut kat tepi gelas, aku suka pantai Bondi atau Marouba waktu musim luruh, pasir pantai sejuk air laut suam, orang pun tak ramai bak kata teman ku yang tinggal tetap di sana musim luruh di tepi pantai ada satu perasaan berbaur sedih kerana it's time to embrace the winter, the chillness, aku suka, sebab aku budak melayu yang pakai shorts makan ice-cream di tepi jalan time suhu 12 darjah selsius,


duit adalah sedikit, boleh lah takat nak ke down under atau tanah kiwi, kalau nak ke negara bekas penjajah atau negara tembok pecah kenalah cargas sikit, kasi tinggi sikit travel saving tu, yang aku tak puas hati adalah masa, tak bleh nak squeeze nak amik cuti lebih sikit amat susah, paling banyak opis aku boleh tolerate tiga hari, hisss mana cukup, nak gi trip jungle train kat pantai timur pun tak lepas,


aku rasa jalan terbaik adalah amik cuti time hari raya, lagi pun dah tiga tahun aku tak balik raya, aku tak suka balik time raya, dulu pernah ada member aku antar VCD cerita Si Tenggang kat aku, metafora anak derhaka, cam haram,


dah aku nak sambung kerja, pasang wallpaper gambar pantai dan bunyi ombak...

3 comments:

the artist and i said...

no harm.

tapi raya memang hari yang membosankan.

the artist and i said...

oh ya, its not about 'hari raya' tu.. its all about orang2 yang menyambutnya.

dem buhsan

Si Fakap said...

Dude!

http://www.soundsleeping.com/ <--tu saja yang aku boleh bagi paling dekat. Yang lain, kena ada effort, boss.

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...