Tuesday, May 25, 2010

perilaku survival di kota raya...

cara-cara nak order makanan vegetarian di kedai tom-yum:

"bey, meehung goreng sa, tok sey laok, toksey lansung, telo pun tok sey, sayo sajo, kacey camboh beresss"

(traslasi: bang, beehun goreng satu, tak nak lauk, telur pun tak nak, letak sayur je, taugeh tak pe)


* kena sebut lauk sebab fahaman orang-orang di kedai tomyam lauk tu ayam, daging, udang, sotong dll.


--------------------------------------------------------------------------------


cara-cara nak order makanan vegetarian di kedai mamak:

"anney/thambi, mee goreng onne, sayurr-vigitarian, venna mutthey, kunjo spisi"

(traslasi: abang/adek, mee goreng satu, vegetarian, telur pun tak mau, kurang pedas)

.

mencari redup di cuaca kontang...

aku memang peminat setia filem-filem Argentina yang mendatar dan kadang kadang tanpa climax dan baru tadi berjaya habiskan satu movie yang dah dua tiga kali aku try tak pernah habis, jenuh atau tedious kata orang kampung aku, tadi aku tekad kan jiwa dengan susu satu kotak dan beberapa jenis jajan, aku tengok dan mengadap dari mula sampai credit title, yeah i'm excels bak kata Tok Ketua Dollah yang dua tiga kali menang mesyuarat JKK kampung,


kalau hangpa banyak waktu terluang, sila cari/download cerita Argentina yang dalam bahasa Guarani ini, kalau hangpa handal cuba tengok sampai habis for the first time, meleleh air mata menguap, tapi janganlah baca sinopsis, nanti tak best, filem ni banyak menang award kat Cannes dan lain-lain filem festival,

setelah aku abis tengok baru aku rasa deep nya cerita ini, it's a good movie to see :)



La Hamaca Paraguaya











*aku tak galak kan download tapi kompom kalau nak cari, jenuh nak jumpa filem nih dalam bentuk DVD, so kena download lah hehe

Tuesday, May 18, 2010

dua kali pukul, dua kali mati...part II

aku sebenarnya awal seminggu dah resah, libang-libu kata orang perak, nak pergi ke tidak, sakit hati di padang bersebelahan tempoh hari tak abis lagi, aku tanya dua-tiga member semua tak nak pergi, aku jadi jejaka keliru chiss, adik aku bagi tau dia dan bebudak kampung aku turun satu bas yang di sewa khas 24 rockers swasta chisss lagi...

lagi dua tiga hari nak sampai date tu aku nyaris amik keputusan tak nak pergi, tapi si Alif cakap dia dah ada tiket so aku rasa ok lah, aku pergi, aku tetapkan hati, aku nak pergi sebagai rockers tak ada camera tak bawak beg, cukup dengan bandana ori beli dari Zolo dan Blackberry untuk amik gambar, hajat di hati nak pakai seluar Kakachi tapi tak kesampaian (kalau ada pun tentu jenuh nak sarung guna plastik bag ikat kat kaki), amik dua tiga jam jugak aku temenung depan almari nak pilih t-shirt penyudahnya aku pilih baju Infectious Maggots Cookie Monster,

jam 6ptg aku dah on the way ke sana, macam biasa parking dah penuh sampai ke depan, kami park agak jauh sebab tertipu dengan budak jaga parking tu yang bilang "alah bang, belakang bumbung merah tu jer" lima belas kali aku cerita pasal nak pelempang budak tu sewaktu perjalanan kaki yang mengambil masa 20 minit,

sampai depan pintu orang dah penuh, "harap orang jer ramai tapi kalau sound hancus, bongok juga" bentak hati ku, jalan depan sikit aku jumpa Robyn dan Mat Mega oh ni orang-orang terrer dalam show, bersinarlah sikit harapan aku, kat luar dewan penuh dengan warung makanan macam di pasar tani aku rasa, brader-brader opis dan belia yang nak rasa rock depa pakai Ed Hardy yang tu aku tak faham, mungkin depa rasa Ed Hardy tu reperesent rock attitude kut, ramai gak aku jumpa kengkawan tapi semua lepak VIP tak pun kat back stage gurau-gurau dengan bandboys, aku cakap kat diorang "aku tak kira aku nak jadi rockers biasa hari ni, kalau kena belantan dengan FRU macam dulu-dulu pun aku tak kesah" depa senyum nipis bak kata Pipi,

time aku masuk dewan dah separuh penuh jam baru 7.30pm weh, nak kena tunggu lagi sejam setengah nih, aku tak kesah, tapi sementara tunggu ada juga aku cuba nak panjat and suruh Isma Halil tu diam, jenuh dengaq dia beletiaq, time dah dekat nak meletup, lagi kuat dia membebel (sorry Isma hehe)

tepat 8.45 kain gebar warna hitam runtuh depan mata, stage dah terbuka ada 10 orang mat rock (+ keyboard) yang di usia senja berdiri atas stage siap dengan bunyi-bunyi bising dari kapak-kapak mereka, aku rasa ini vibe yang baguss, lampu menyala terang menyuluh, aku separuh buta sementara, kedengaran "plucking" lagu Gemuruh melimpah dari speaker, crowd jadi gila, satu stadium sing-along (di khabarkan ada lebih 17,000 orang malam tu), rasa nak tercabut bumbung stadium, aku happy sound ok dan aku rasa cukup terhibur bila Wings banyak bawak lagu rare diorang aku rasa malam tu Wings yang punya, aku bagi keputusan Awie dan kawan-kawan dia menang 5-3 dengan lebihan dua gol dan mata tambahan bila dua-dua band bawak medley lagu kangkang syahdu meleleh, agak nya kalau time tu Awie dan Amy tak payah nyanyi pun takpa dah jadi sessi karoke yang paling hebat, lenjun dengan peluh dan rasa nak bukak baju tapi banyak pulak gadis-gadis dalam himpitan manusia malam tu, malu I,

Nota tambahan (updated 19052010):

time lagu Misteri Mimpi Syakilla, ngam-ngam waktu lirik "...ku berjalan di dalam hujan" aku nampak se"tebar"an air dari cooling hose jatuh atas kami, basah kuyup dramatik seh, rupanya si Zan ni yang punya kerja, dia jadi bomba malam tu.

thanks to kawan lama aku Eddie Video yang organise show malam tu, thanks to Double Trouble yang mengingat kan aku apa rasanya erti menjadi seorang rockers yang bersesak di dalam concert...

aku balik berjalan kaki ke tempat parking dengan masih menyimpan niat nak pelempang mamat yang jaga parking tu :)

gambar amik dengan Blackberry tak semenggah sungguh

bahasa jiwa bangsa...

nih aku dah lama tak menulih kepala penuh kerja, jenoh nak perambat, tambah-tambah la ni ada construction site di lif opis aku kalau nak ke tingkat 32 dan 30 kena laluan alternatif, kena naik tangga lain, lagi la aku naik rimaih,

tapi hari ni aku gelak gulin besaq, tak lawak mana pun tapi nak share jugak dengan hangpa,

nah amik ni, sapa nak jawab aku tak tau, mandoq depa ni nak kena tegoq nih, bagi mengaji eja sikit mat-mat bangla dengan myanmar ni, bulih jadi kemalangan sebab gelak besaq...






tapi depa at least ada usaha nak pakai ayat berlapik :)

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...