Saturday, August 28, 2010

bila bulan tersusuk lalang...

aku berharap apa yang aku cari itu tiada, aku mimpikan engkau yang ku rindui itu tidak wujud, aku berdoa kepada langit yang lapang bahawa engkau hanyalah mainan mindaku, aku menyanyikan lagu penafian, menarikan rentak pemalsuan, aku lari, diam terhendap agar tak terkesan engkau akan denyut nadi ku...

namun engkau hanya menemui aku hanya dengan satu pesanan ringkas (sms)...chisss

Wednesday, August 25, 2010

mengimbau baris kerusi belakang bas Len Seng...

dah lama dah cari tapi tak jumpa, habis semua tempat aku kuis, rupanya ada depan mata dalam hati,

aku selongkar balik kotak-kotak lama, jumpa, cari lagi kat drawer almari paling bawah pun jumpa, hah ok nih

aku dah lama menafi benda ni, kena embrace jugak, aku dah jadi brader-brader, dah tua, kalau yang waktu dulu-dulu nak pandang diorang ni pun takut, kalau lepak Pertama Compleks atau Campbell tak plan mana nak lalu mesti takut kena pow dengan diorang nih, pandang lama sikit dah kena sound hehe best gak zaman tu handphone pun tak wujud lagi, kat pinggang ada case Ray-Ban tak pun Zippo uihhh

sekarang aku dah sampai usia tu, so terasa nak pakai cam brader-brader, emmm sapa aku nak pow nih, haha


Ray Ban, Large Metal with Chromax lens, rare nih

(cuma aku tak sanggup nak bikin misai handle-bar je)

western pearl-snap button shirt, phowww

original bandana "hankey"

boots, brader-brader dulu memang wajib ada nih
(jenuh aku cari yang vegan)


p/s: brader-brader tak pakai bangles, kalau dia pakai tu bukan brader tapi adinda jaga kawasan untuk ayahanda :)

Thursday, August 05, 2010

meredah kembali denai rohani...

kawan ku, kita ketawa bila kau cerita dengan simpang-siur tangan awangan merata, contoh gaya menekan cerita agar kita faham, bebas tanpa rantai tanpa pagar, engkau menyusuri hidup dalam akal mu,

kau berjalan jauh untuk merasa dan melihat dunia, untuk mengisi reruang yang di cipta untuk manusia dan hidupan yang lain, merah menimpa biru, kuning yang mendakap putih,

kau di antara yang menebas lalang kebiasaan untuk melarik denai buat sahabat-sahabat yang lebih muda malah buat pendokong yang lebih lewat lahirnya dari engkau, terima kasih wahai sahabat berjisim guru

pernah engkau di rundung gering, merangkul jiwa dengan jejari runcing mu, gering merindu kelegaan, sakit tubuh di selimut onak, kau lawan bangkit dari tiarapan perlahan menongkat lutut agar tubuh berdiri tegak menghirup udara penyambung nyawa,

kau menafi tewas, bangun kembali mengorak jejak, melakar senyum buat sahabat-sahabat lama, kami gembira memeluk mu kembali

namun sahabat ku menitik tinta menulis di cerita hayat tiada kita mampu menyimpangkan nya, kini berenanglah engkau di lautan cahaya, terang berbaur kerlipan, kerana kematian itu suatu tidur yang panjang, maka mimpikan lah yang indah-indah sahabat ku Oz Yusof,

kau bukan kawan biasa, kau sahabat yang ceritanya hanya boleh tulis dengan darah persahabatan...

05.08.2010, 3.15pm tidur selamanya...

Oz Yusof of Kakakara, Assault and Naked Butterfly

you shall be missed

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...