Wednesday, August 25, 2010

mengimbau baris kerusi belakang bas Len Seng...

dah lama dah cari tapi tak jumpa, habis semua tempat aku kuis, rupanya ada depan mata dalam hati,

aku selongkar balik kotak-kotak lama, jumpa, cari lagi kat drawer almari paling bawah pun jumpa, hah ok nih

aku dah lama menafi benda ni, kena embrace jugak, aku dah jadi brader-brader, dah tua, kalau yang waktu dulu-dulu nak pandang diorang ni pun takut, kalau lepak Pertama Compleks atau Campbell tak plan mana nak lalu mesti takut kena pow dengan diorang nih, pandang lama sikit dah kena sound hehe best gak zaman tu handphone pun tak wujud lagi, kat pinggang ada case Ray-Ban tak pun Zippo uihhh

sekarang aku dah sampai usia tu, so terasa nak pakai cam brader-brader, emmm sapa aku nak pow nih, haha


Ray Ban, Large Metal with Chromax lens, rare nih

(cuma aku tak sanggup nak bikin misai handle-bar je)

western pearl-snap button shirt, phowww

original bandana "hankey"

boots, brader-brader dulu memang wajib ada nih
(jenuh aku cari yang vegan)


p/s: brader-brader tak pakai bangles, kalau dia pakai tu bukan brader tapi adinda jaga kawasan untuk ayahanda :)

4 comments:

RZL said...

Brader dulu-dulu memang menakutkan. Tak boleh terlebih pakai sikit dari diorang, memang kena pow. Dulu kalau jalan kat pertama, kena jalan laju-laju n pandang bawah. hahah.
kalau kat seremban, kaki pow banyak budak Ampangan, kat Melaka plak, Kg Morten. Mcam nilah diorang pakai. hahah. jangan pow saya sudahlaa bang. haha

Si Fakap said...

Phhhh-to-tha-hoooowwwwwwww!

*handsign best lapik*

Cilaka! Gua kalah ini round.

~~DucKneSs~~ said...

gambar handkey itu lucu..stylo tuh..

ray ban said...

Cantik ray ban bro pakai tu