Wednesday, July 13, 2011

antara Bersih dan irama...

Puluhan tahun yang lampau kalau ada kenduri di depan Madrasah Al-Tahzib bapak aku akan beli sekor ayam dari pasar lalu di ikat dengan benang tebal dan di hantar ke tukang masak kenduri tersebut "macam ni nama nya ayam tumpang celup" kata bapak pada ku, makna nya kita tumpangkan ayam tersebut dalam periuk kenduri untuk di makan sekeluarga tapi bayar lah sikit duit rempah dan apa patut, memang sedap sebab masak dalam periuk besar, itulah perasaan aku pada himpunan Bersih, banyak agenda tumpang celup sebab out-put dia pasti besar dan sedap untuk kumpulan tertentu saja, kalau nak tuntut yang 8 permintaan tu aku ok saja, kalau nak turun ke jalan pun tak masalah dengan benda tu, namum pasal ada ayam tumpang celup tu yang aku malas nak ambil tahu, rasa kena tipu,

itu semua pun tak penting, hak masing-masing aku hormat apa perasaan korang, tapi bila aku duk layan YouTube berkenaan Bersih aku terperasan akan satu perkara, orang Malaysia (melayu khusus nya, sebab peratusan yang tinggi menghadiri perhimpunan tersebut) tak ada rhythm yakni rentak, terdengar diorang menjerit akan laungan "Kuasa Rakyat" dan beberapa war cry, berterabur tak ikut rentak sedih betul, memang out dan ke laut, kalau kita tengok demontrasi jalan di India, Indonesia atau Afrika, mereka menyanyi dengan rentak yang sama yang sekata, hentak kaki berderap ikut irama kerana ianya telah tertanam dalam di hati telah di semai dari kecil lagi, contohnya sahabat-sahabat dari seberang, biar apa pun genre musik kesukaan mereka namun bila irama Dangdut terpasang kaki dan tangan akan menari mengikut rentak yang ada,

lalu aku sedar kita orang melayu makin melupai joget dan apa-apa perlakuan yang melibatkan rentak dan irama. orang melayu terlalu mengejar hidup senang, mahu post gambar duit berkepuk-kepuk dalam facebook mahu ambil gambar di tepi kereta baru dan juga buang adat kerana menyelak-cari kesenangan di syurga, dah tak banyak kenduri kahwin ada joget lambak kalau ada pun pasti di pandang sinis oleh masyarakat, lagu irama melayu tidak di perjuangkan cukup sekadar tertengok kalau ada orang belanja makan di Saloma Bistro atau Restoren Seri Melayu, Dikir Barat lah yang paling best sebab kena kekang di negeri asalnya (aku rasa orang Kelantan antara orang melayu yang kuat rentak dan irama di hatinya) Dabus yang megah berbesi pun dah sayup membawa ke ghuyup...alahai

rentak bergendang perlu ada untuk penyatuan umat melayu khusus nya, sedangkan bangsa berseban dan berjubah juga punya irama dan genderang untuk berpesta mahu pun ke medan perang, sesuatu perlu di buat untuk kekosongan ini, perkara ini mungkin tidak menjadi masalah bagi golongan seni dan kreatif namun untuk keseluruhan ianya perlu di ambil kira, baru lah sedap dan tergentar sikit pihak berkuasa bila berdepan dengan pen"demonstrasi " jalanan di Malaysia

sekian harap maklum

5 comments:

Anoneemus™ said...

Dikir barat tu masalah bukan pada irama. masalahnya pada lirik yang berunsur lucah.Sy sendiri terperanjat bila tertangkap 2-3 perkataan yg difahami, dan tanya pada kawan yg faham loghat kelantan.Dgn selamba dia jawab 'memanglah dikir barat cerita pasal hubungan kelamin.'

kalau ubah dikir barat nyanyi pasal keamanan ke, 1Malaysia ke, takpe lah.

MagnusCaleb said...

haha tu the real dikir barat dia duduk berkumpul dalam bulatan, kira macam freestyling kalau kat new york so apa yang terlintas terkeluar lah :)

Snuze said...

BWAHAHAHA. Satu perspektif yang tak pernah terlintas di akal kepala.

Ayam celup tu kita bakor aje, nak?

siti rosman said...

i love this post!!!!

PhotoDogma said...

Makan istifal dalam talam bleh tumpang celup tak?