Monday, August 24, 2009

cermin mata di bilik mandi



aku lama tak berenang, biar berbadan besar tapi sebagai budak kampung yang duduk tepi parit kalau tak berenang pasti kena keji sampai tingkatan lima bezanya aku berenang tak laju macam budak lain, setakat nak float tu kacang ja (tapi aku mudah cramp, kurang garam kata atuk aku)

dulu aku selalu berenang kat apartment member aku sambil cuci mata tengok gadis-gadis dari tanah besar china bermandi-manda, tak pun bayar rm2 dan ke kolam renang bandar raya kat cheras tapi kat situ bosan ramai nak jadi michael phelps dan kena pakai swimming trunk "hang pa gila pa ka?"

so semalam aku just tengok movie ada orang berenang dalam laut, cukup lah tu, biaq pi lah google jenama Speedo tu tergantung kat bilik ayaq

cahaya cerah di tingkap



ahad, 23/08/09, 1.30pm

aku baru pulang dari Leboh Ampang, melepas geram dengan Holga yang berpelurukan medium format 120, sambil membeli barang dapur untuk di masak (mana nak cari beras rebus timbang kati kalau tak di situ)

panas rasa macam nak tido siesta tapi aku sedikit bosan dengan tidur, aku tenung tingkap dan tersenyum pada bekas pensel, semalam maranthon filem-filem Italy, hari ni aku nak layan filem-filem perancis...yeah bancuh milo :)

Sunday, August 16, 2009

perbandingan...

Kuala Lumpur kota keriangan kata orang,


hah hujan tak sekata, jem bagai baling buah dadu, panas setara Kalahari di waktu suboh, sampah tak di kitar, penagih dadahnya tak kreatif, pendatang tanpa izin dah tak perlu keizinan, gadis-gadisnya masih cantik, makcik-makcik nya masih berminat nak mengumpat, "abang dahaga" masih menyikat misai-misai mereka yang lebat, melayu, cina dan india masih berjalan tersenyum dan menjeling...


apa yang tak kena?


dengan apa aku cuba banding kan Engkau?


kenapa?


emmm...tak perlu rasanya :)

Thursday, August 13, 2009

garis selingkar II

LRT ku sesak pagi ni, ada kakak-kakak yang baca novel yang cover tak cantik sungguh, ada uncle yang tersenyum dengar radio dari HPnya, ada gadis-gadis cilik beruniform sekolah Indonesia, ada wanita berkebaya cantik bermuka masam, ada abang Mie yang cuba-cuba bersembang dangan aku dari jauh, ada macam-macam manusia yang bertujuan hendak ke tempat perkerjaan mereka, yang tak ada adalah amoi yang pakai kasut converse lusuh yang tali kasut nya berbeza warnanya emmm

Friday, August 07, 2009

burung merak yang sudah tiada lagi

Mas Willibrordus Surendra Broto Rendra sudah lupus, Rendra sudah mati, tubuh nya sudah tiada lagi nyawa, sudah hilang segala upaya menjadi manusia, raga sudah tak terkandung jiwa...Rendra sudah tiada, Rendra sudah tiada

aku tak sepatut nya bersedih kerana kematian perlu di raikan kerana kematian adalah sebahagian dari kehidupan, namun aku takut akan rindu ku padanya akan mengetarkan seluruh rahsia nyawa ku, akan menumpahkan sungai-sungai di pinggir mata ku, membuat ku merenung bumi mengenang kata-kata saktinya...

tidurlah Mas Rendra tidur setenangnya, belayarlah Pak Willi di lautan cahaya yang cemerlang, terbanglah Sang Burung Merak selamanya, kami pasti dan berjanji akan merinduimu...


7 November 1935 – 6 Ogos 2009


gambar di ambil dari blog Taufan Hidayat

Wednesday, August 05, 2009

garisan selingkar...

aku...
cuba belajar erti enak
mencari maksud deria di lidah ku
menyusur kemulusan cinta berserat
yang akhirnya membawa ku reruang kosong dan kehampaan
yang katanya di sebalik reruang tersebut ada jawapan sebenarnya
jauh lagi perjalanan ini, perlu berpijak tanpa jejak
perlu meredah tanpa peta, bernafas tanpa udara...

apa jawapan atau perjalanan yang ku cari...

Monday, August 03, 2009

Konsert Search Di Awan Biru di Bukit Kiara yang gagal dan tak berbaloi langsung...

Search, mana ada lagi band rock tempatan yang mampu buat konsert yang berskala begini besar stage dan penontonnya tapi sayang gagal di Ibu Negara sendiri...

Walau apa pun alasan/elakan mereka, gua tak boleh terima, lu orang bukan New Boys atau Hujan panas, lu orang dah 28 tahun jadi rockstar, kejadian di Bukit Kiara sabtu lepas membuatkan gua delete semua lagu korang dalam iPod gua, tak professional langsung dan tak rock beb, It’s all about the sounds and the attitude beb, gua tak sing along even dalam hati,


Dari penglihatan gua malam tu:

-Venue dah bagus susun atur stage pun boleh diberi A+ (tiket mahal dan murah pun ok)

Dan mereka…

datang lambat (kata budget besar, bikin lah "holding room" kat area berdekatan, jangan salah kan orang parking kereta, tu semua dah patut di ambil kira dalam acara, event manager tak pernah buat show ke?) dan untuk yang dikatakan konsert penutup dalam karier mereka segala dosa-dosa ini besar tak boleh berlaku :

1. Power failure (iuhhhh promoter/technician tak buat prep ke? Tak buat dry-run ke?)

2. Sound sehancus-hancusnya, kata pakai soundman Dewa or someone from Indo (udah macem nonton lenong donk), namun gua tak salah kan dia (ada orang bilang sama gua, diorang tak turun buat sound check, bongok betulah, Iron Maiden pun buat sound-check even kat tempat terpencil) boleh dikira standard sound malam tu macam speaker kedai-kedai kain kat jalan Tuanku A. Rahman, Aru and the ROB sound lagi gempak malam tu

3. peralatan tak ada kualiti, back-line teruk, speaker rabak, effects, bunga api and those pyros kalau tak sequent semua tu tak payah buat lagi bagus, cam cemperet, kalau setakat nak main "power-point" LED kat blakang tu simpan jerlah

4. penganjur tak ada art direction langsung, penata cahaya macam kat bintang RTM terang sepanjang show, mamat yang jaga "follow spot" pun boleh turun dan pi beli burger Otai time show, susun atur lagu macam haram, tak jaga mood langsung hishhhhh (ok this is personal)

5. Pengurusan kucar-kacir (info kengkawan yang terlibat secara langsung), sapa yang jadi "godz" for the runninng programs? musti tak lantik nih...camera tak boleh bawak masuk, zaman bila punya arahan nih dah tahun 2009, kalau boleh rekod pun show tu bukanya boleh dapat anugerah BOH Cameronian Award pun, orang dah pandai pasal Harta Intelek lah time ni

6. Amy tak fit untuk perform, tah apa-apa, compare dengan show-show sebelum ni (alasan tua gua tak terima) gua rasa yang bagus bersilat malam tu adalah Abang, bersungguh orang tua tu hentak drum namun apa buleh buat sound dah macam kaset tercabut sponge dan Din Mayat yang main penuh attitude, gua rasa lu buat band lain lah Din, lagi sempoi, ada free call gua kita borak,

Dan banyak lagi yang kalau gua tulis terbakar blog ni... gua tahu ada banyak alasan yang telah di beri dan ada beberapa jawapan yang di lontar, namun gua tak boleh terima kerana kita orang tak nak tahu semua tu, tu kerja dia orang yang telah di tanggungjawabkan ini samalah dengan alasan “sorry, teraba bontot awek lu, sebab gua mabok“ apa yang terjadi dengan management kita orang tak perlu kesah, kita orang sudah bayar tiket dan masa, lu orang di lihat sebagai penipu, bak kata brader dari Singapura yang lepak sebelah gua “ape nih merepek-repek sound dia orang, sia-sia je gua turun”

update: khabar dari teman yang terlibat sebagai krew, Amy dah pecah kepala 2-3 hari sebelum show lagi, hah kalau dah tau cari lah Mr. Wolf (mcm dalam Pulp Fiction) kasi iron semua problem, tu pun nak kena bagi tau ke?

Mengaku salah dan mintak maaf dengan sepenuh hati itu sahaja yang gua mintak (semua orang bikin salah, tapi kena berani mengaku) dan gua memang layak kata semua ini pada lu orang kerana gua dengar dan meminati dia orang ni secara religiously gua perjudikan time sekolah, idologi remaja gua dengan perjuangan yang lu-orang bawak...sebagai otai rock lu ada tanggung jawab beb, bukan cam Otai burger yang harga 5 engget tu, gua masih respet lu orang sebab lu orang rock sampai sekarang (tak macam rockers yang lain dah jadi korporat ,tak pun "rock makan protien") pegang janji lu orang, rock saja tak cukup, give us one HELL of a show...

Untuk Amy (khususnya) dan Search, Bro Jalil Ngah dah tak ada lagi bersama kita, ini tidak bermaksud lu terus terbiar tanpa arah seni yang sebenarnya, cari lah yang lain atau mungkin dia masih ada dan tersembunyi di hati lu...



gambar ceria sebelum show bermula

gambar setelah marah (lagu #2) bebudak yang lain dah gi lepak belakang makan Otai burger sambil membebel

ps:
Banyak betulnya kata member ku Aziz si Pemberita selepas dia interview Metallica kami tanya dia “kerek tak Metallica?” dia jawab “eemm aku rasa kerek lagi Wings dan Search”.






pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...