Skip to main content

bermula dengan budaya...

Sekitar tahun 88 aku pernah marah dan berang waktu titiek puspa komen pasal musik Malaysia katanya musik di Malaysia ketinggalan 20 tahun dari Indonesia ape tak nye time tu tengah dok gila Rock Kangkang …bentak ku dalam hati boleh ke diorang goreng gitar cam (tok) Man Kidal atau jerit cam Amy…hish

bebrapa tahun selepasnya baru aku faham akan musik ini bukan di ukur hebatnya dari segi goreng gitar atau betapa sempitnya seluar “kakachi” mat2 rock zaman tu…ianya perlu di lihat secara keseluruhan…dari segi bunyi, produksi, dan kejiwaan musik itu sendiri…

persoalan ini ini timbul kembali di benak ku…setelah beberapa kali aku tersadung dengan cerita2 akan serangan (pe)musik2 Indon ke pasaran tempatan…aku mampu tersenyum dan mungkin mengomel sendiri…semuanya patut bermula dengan budaya…

Indonesia (rakyatnya) membudayakan akan musik itu sebagai salah satu dari kehidupan, mereka telah di tanam di dalam hati mereka akan maksud lenggok atau apa makna nada2 dalam sesuatu irama…ianya bukan diajar, ianya ditanam secara tanpa sedar sejak ratusan tahun lagi…lalu menjadi BUDAYA….mereka faham apa itu irama kesedihan dan apa itu joget kegembiraan…aku akui bukan semua rakyatnya bagitu tapi aku rasa mungkin 80% menganuti budaya ini

berbanding dengan rakyat Malaysia (orang2 melayu)…musik hanyalah sekadar hiburan, sekadar baju yang di pakai di luar…pernah dalam keadaan sedih aku menyanyi lagu2 pilu dari The Cure atau pun lagu2 yang sewaktu dengan nya…maka berlalu lah sang mamat rakan ku dan menegur “wah happy nampak?”…aku bingung dan rasa cam nak tampor je, kerana bagi orang2 melayu (juga bukan semua) lagu dan musik ni untuk bersuka2 sahaja kerana ianya di dengar dari sudut “sedap” sahaja…lihat lah kebanyakan lagu2 yang menang Juara Lagu semuanya lagu putus-cinta-sedih…wah ramainya orang yang bersedih di Malaysia ni…

kita (tak semua tapi majoriti) menganggap tarian, nyayian dan apa saja bentuk seni boleh mendorong kearah DOSA dengan tanggapan ini lah masyarakat melayu Malaysia menjauhi membudayakan akan musik, maka tak terjual lah album2 original kerana sifat2 tidak menghargai seni yang mana ianya membawa tidak ke”masyuk”kan akan industri dan menyebab kan syarikat2 rakaman tak mampu (dan tak berani nak gamble) nak bagi budget untuk buat rakaman…maka dengan ini juga lah wujud nya lagu2 sedap tapi musiknya tangkap muat…eemmmmm ape aku bebel nih...

bak kata teman ku Rahim "dasar pendidikan negara perlu dikaji semula...silibus pengharagaan seni patut ada" aku setuju dengan nya, bukan untuk mendorong anak2 bangsa jadi penyanyi atau artis tapi untuk menghargai apa itu seni

aku tak pernah nak agung2 kan orang luar tapi apa yang benar tetap benar…rakan musik dari Indon pernah berkata “kalau dari segi mainan musik secara personel anak2 di Malaysia lagi hebat dari kami…sayang kalau dalam kelompok ngak hebat ngak kemas…napa ya? Ngak bisa bersatu hati?” maksud nya mereka mengakui ahli2 musik di Malaysia lebih hebat dari mereka tapi gagal dari segi komposisi berkumpulan...very self centric

hebat mana pun pemusik2 dari seberang ini ada juga kekurangan nya…dari segi originality mereka amat lah kureeng…band sehebat DEWA masih di belenggu dengan bayangan Queen, PADI masih berkiblatkan U2 dan banyak lagi bayangan2 lain…

apa yang pasti aku hanya mampu tersenyum dan mengomel sediri di dalam hati…segalanya patut bermula dengan budaya....kerana budaya itu pakaian hati...hehehe





*maaf kalau bahasa aku tongangterbalik...ku tuliskan sonet ini sewaktu nak membunuh masa...sementara nak tunggu masuk meeting...heh

Comments

greect inc. said…
elo bob...
baru tadi, masa tunggu nak keluar lunch, aku dengar mereka2 di office ni bercherita tentang keanggunan personaliti penyanyi2 wanita BARAT. kemudian, yg lebih senior(umurnya) bukak kesah kehebatan band2 70'an 80'an. lalu timbul pasal kesah band2 indonesia. "aku suka DEWA, So7, Padi...bla..bla..bla" dan mereka mula tanya pada aku, kenapa band malaysia tak sehebat indon. spontan aku menjawab, "tak de jiwa".

tak beberapa lama dulu aku ada berhubung dengan sorg kenalan dr indonesia (kenalan alam maya). seorang pemusik dan juga guru musik. aku bertanya pendapat beliau kenapa indonesia boleh menghasilkan karya2 seni yg "hebat". adakah dr segi sistem pendidikan atau budaya. jawapan yg beliau beri, "mungkin kami di sini membudayakan musik. jikalau kok dilihat dr pendidikan, sama aja dgn di mmalaysia. pendidikan formal musik hanya sehingga SMR (sekolah menengah rendah je kot)."

kalau lihat dr situ sahaja pun dah nampak macam mana rakyat indonesia menghargai budaya kesenian. dan aku setuju dgn pendapat kau bila kata kita(rakyat melayu) tak menggalakan musik dikalangan anak2 kerana menganggap itu dosa, lagha. tp sebenarnya pun kesenian bunyi2an ni datang dr Islam itu sendiri apa. berapa ramai ahli sufi dan karya2 agung islam (ambil cth Rumi). rumi gunakan seni sbg platform memuja, memuji keagungan tuhan. kalu tak hebat masakan BARAT menjadikan karya2 dia sebagai reference kan.

peace.
yeap mr. greect, dasarnya adalah budaya bukan kepakaran atau ilmu

namun kita harus membentuk budaya ini mungkin untuk generasi satu ratus tahun akan datang, yang mana ianya akan berevolusi dengan masa...kalau tak mulakan bila lagi eh?
"Dan di dalam telinga setiap anarkis yang tidur tapi tidak bermimpi, kita mesti menyanyi, kita mesti menyanyi, kita mesti menyanyi..."
(Mata-mata terang).
"pada dasar segalanya"

hehehe
tumbuk si fakap said…
dude, gambar rusty blade tu kangkang habis.haha
ARA PAYUNG said…
Tapi sebelum Indon berbangga dengan band2 ngerock hebat diorang seperti Slank, Dewa19, Gigi & Sheila On 7, kita terlebih dulu 'menjajah' mereka dengan muzik rock menerusi Search. Kedatangan Search ke sana lewat 80-an dulu telah mencetus revolusi muzik rock dalam arena muzik Indonesia.

Tapi skrg kita pulak berkiblatkan band rock depa... heheh
hidup ni macam roda yang berputar cik yatt oi

hehehe

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …