Wednesday, March 29, 2006

menedang rakap...


Semalam aku kembali mengayuh basikal @ gerek ke tempat kerja…tak sangka banyak perubahan berlaku di atas jalan raya kota kesayangan ku ini…banyak jalan-jalan yang telah di turap kembali, di tampal lobang dan di baik pulih…namun tak kurang juga yang semakin teruk…aku rasa DBKL atau JKR patut tanya pendapat penungang-penungang basikal kerana kami lebih sensitif dengan rupa bentuk dan topografi jalan raya in di Kuala Lumpur ni

Tapi yang paling ketara adalah sikap pengguna-pengguna jalan raya (bermotor dan injin) yang tak pernah nak berubah…tak pernah ada hormat antara satu sama lain…terutamanya waktu pagi…nak hantar anak ke sekolah…sambil membebel-bebel betapa “jem” nya jalan ini…potong “que” lah “double parking” lah…aku selalu tersenyum sinis pada mereka sewaktu “mencelah dan menyelit” di antara keranda-keranda besi burok mereka…rakyat Malaysia sekarang ni nampak gayanya makin malas nak bergerak dengan tenaga kalau boleh kat shopping komplek atau pun pejabat nak pasang “flat escalator“ macam kat airport tu…
"oh!..commmme onnn...!" (mengungkapnya ala-ala Encik Weng)

Kalau nak menunggang basikal di kuala Lumpur ni kena pakai “full attire” lengkap dengan topi keledar dan sarung tangan,

i) atas dasar keselamatan,

ii) kalau tak pakai “bende-bende” ni pengguna yang lain tak akan hormat dengan kita…kita ini di tarafkan sama dengan mat-mat bangla atau indon yang baru balik kerja…hish sikap!!!

Hujan petang semalam membuatkan aku terpaksa berteduh di Stesyen LRT Ampang Park…menarik jugak…macam-macam perangai manusia…ramai antaranya marah dengan tuhan sebab hujan…mungkin sebab tuhan jarang nak jawab soalan/permintaan mereka jadi kalau marah-marah pun tentu tuhan buat “tak reti jerr” hehe

Tiada apa yang lebih menarik dari mengayuh besikal selepas hujan sepanjang jalan Ampang ke Desa Pandan banyak awek-awek “expatriate” balik kerja atau pun berjogging dan disusuli pula dengan tosey panas atas daun pisang bersama tairu di restoran Sri Pandi

Pagi ni aku keluar awal sikit sebab nak elak kesesakan…*”beremba-remba” dengan adik-adik yang nak ke sekolah…tenang sikit sambil **pasang MD ber”set-list”kan lagu-lagu “semi-emo” dari Alkaline Trio dan Jets To Brasil...jadi kalau tuan/puan nampak ada "mamat" gemuk kayuh basikal siap dengan topi keledar yang banyak "sticker"...aku lah tu



jalan ampang, 8.30mlm

*beremba-remba = berduyun-duyun (slanga utara)
**pasang cuma 50% je “volume” nya…bahaya atas jalan beb!

2 comments:

Nadia said...

semenjak duduk & keje kat cheras yg sentiasa meriah ngan jem ni, teringin gak nak naik besika gi opis.tapi mcm sayuuuppppp bebeno jarak rumah-opis. aisehhh..anyway, berhati-hati di jalan raya, bro!

greect inc. said...

saudara bob,
haha...memang org malaysia ni terlalu manja. itu baru kata malas berjln kat shopping complex. ada lagi karut. nak mkn, perut lapar. tapi tak nak berjalan langsung. tak jauh pun kedai mkn, turun ke Ground Floor jln dlm 30 meter je. cuma kena berpanas sikit la. alasan...jauh, panas. pastu mintak tapaukan nasik.

kalau pasal sikap di jalan raya. i'm tired of it. memang tak akan berubah, sebab memang tak nak berubah.

peace.