Monday, September 11, 2006

si pe"rempit" muda


Workin’ Trip : Terengganu (Kemaman)
Originally uploaded by MagnusCaleb.


Semalam aku baru pulang dari Dungun dan Kuala Kemaman atas urusan rasmi pejabat…adalah menjadi suatu kemestian untuk singgah ke kedai Kak Ani di Kuale Kemamang untuk beli kepok lekor dan kapok keping beliau yang amat digemari ramai itu…sedang rakan-rakan ku membelek kepok-kepot tersebut aku mengambil keputusan lari dari bau ikan dan menghela nafas segar di luar gerai Kak Ani…

lalu berkayuhlah seorang anak tempatan yang baru pulang dari sekolah agama…berkain selempang dan bersongkok hitam yang tertolak kebelakang (imejan seorang budak nakal)...namun pelekat di basikalnya membuatkan aku hampir menangis dan juga nyaris-nyaris ketawa bergulingan…ahhh…satu perasaan yang bercampur aduk…

aku panggil dia dan ingin megambil gambarnya namun dia mengeleng kepala seraya berkata “bak pe abang nok puko gambo kite?” dan aku berkata dengan tersengih "sikal mu molek sesangat…” dia tetap menolak dan berlalu sambil berkata…”tak emboh…ahhh” sambil membunyikan dengan mulut nya jeritan ekzos ala-ala RXZ...

tapi aku sempat juga mengejar dan mengambil gambar…eerrr...basikal dan kasutnya…

emmm…generasi masa depan ku…eh!

7 comments:

Si Fakap said...

hahah...kental dude!

aku panggil anak anak sebegini "pra-rempit".

anakabah said...

Tiada bezanya pelekat yang berkata Mat Rempit daripada pelekat yang berkata Punks Not Dead.

Si Fakap said...

er, "punk not death" ke mikon?

N a d i a said...

cute sungguh!..hehehe.;-)

Anonymous said...

sedey...sunggoh sedey....ini semua salah saleem suci dalam debu!....

:: oji ::

Anonymous said...

sekiranya ingin mencari geng perempit muda di Kuala Lumpur, di kawasan keramat (di sekitar Pasar Keramat) pasti mudah untuk menemui mereka.
Stesyen Minyak Esso berhampiran Perhentian Putra Damai adalah tempat kegemaran mereka berkumpul sebelum meronda!

...$weE+ 666... said...

owh really? ramai pe'rempit' muda di kawasan keramat? hmmmm, naper aku tak perasan ek? ;p

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...