Skip to main content

Kota Lumpur II


taken with my holga 120cfn asa160



Celik mata badan lari cari sumur

Duduk perap jari-jari rayap kerja


Ribu-ribu derap kaki bawa resah

Ratus-ratus selang jari untung ringgit

Isi masuk tegang perut sarat untung

Jatuh keluar rugi koyan sangkut susah


Bandar pusaka penuh pusara…berbara

Berbunut nadi di kejang pembuluh…meleleh

Buat puteri rindu yang menungkan awan

Buat maharani sepi yang rindukan bintang

Akar tak cecah tanah namun batang berzarah kebal

Hati tak sampai darah namun badan berjalan megah


Yang bodoh berbadan sasa

Yang kuat sekecil hama

Yang ini bagai raksaksa

Yang ku harap berteguh lama




© magnuscaleb 171008

Comments

Disamping lagu Sesat Di Kuala Lumpur dari M Nasir, 2 lagu Malique dalam disk no 2 (album OK) tentang Kuala Lumpur memang mantap!
Sharrul @ Curut said…
Salam...Harap2 sihat. Ntah macam mana dapat jenguk blog member lama. Ada masa jenguk2 la blog saya pulak : www.sharrulrizal.blogspot.com & www.ranggahranggi.multiply.com
cuci kat ner ek?... byk gile film tapi tak cuci lagi nih? dia scan kasik dc tak?
eh dc plak... cd *typo error*
Hey.. I caught your site with a Holga camera! Where did you get it? I have a Diana (non F+).

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/