Sunday, January 25, 2009

dung dung cheng...

ketika itu aku baru berumur sembilan tahun masih didarjah 3, di tv dan radio memperkatakan akan tahun baru cina, dikelas pun guru-guru terutama Puan Lim menceritakan bagai mana orang-orang tionghwa merayakan tahun baru mereka, kira hari raya untuk kaum cina, mereka bercerita tentang makan besar, chap goh meh dan lain-lain lagi, makan besar merupakan acara utama dalam tradisi ini, bersungguh-sungguh Puan Lim cerita akan betapa penting dan cerianya majlis makan besar tersebut


malam itu dalam pukul 7.45 selepas maghrib aku dan keluarga sudah mau pulang ke Titi Serong dari melawat opah di pekan Parit Buntar, dalam perjalanan kami perlu menempuhi pekan kecil kersebut, yang pasti nya akan melalui "stesen bas" yang ada banyak terjual pelbagai juadah kegemaranku tapi malam tersebut semua kedai dan gerai di tutup lebih awal..."deme ni semua tutup awal sebab malam ni cina nak makan besar...kedai melayu pun tutup" ujar mama ku,


dalam kesuraman suasanan di "stesen bas" tersebut aku ternampak satu "gerai tolak" dengan lampu gesolinnya..."mama! apek jual kacang rebus tu menjual lah" kata ku, mama diam sebentar "mungkin dia susah sampai kena menjual di malam makan besar" balasnya...secara tiba aku terasa bagai di tusuk oleh satu pedang yang tajam tembus kehati ku...terimbas cerita-cerita Puan Lim dan iklan-iklan makan besar di TV...malam itu aku pertama kali betul-betul di kenalkan akan erti susah dan perit kehidupan dari persfekti seorang yang baru berusia sembilan tahun...aku terdiam dan pemahaman aku akan erti erti kesusahan berubah dari titik tersbut...susah bukan basikal BMX yang bapak ku tak mampu nak beli...susah bukan kerana aku kena tolong mama ku kemas kan laman rumah di hari minggu...


jadi disetiap tahun baru cina akan terkenang kan apek penjual kacang rebus dan betapa aku sudah mengenali dan sedang menepuhi akan sesuatu yang kita panggil kehidupan


selamat tahun baru cina buat semua sahabat-sahabat ku yang menyambutnya...

4 comments:

Si Fakap said...

ate, ghrajin bebenor menulihnye sekarang...

seghonok teman bace.

ceri masam said...

:)

senyum tapi sedih baca

Op said...

sedihnye..huhu

DEP said...

Idea untuk iklan tahun baru cina petronas tahun depan... ;)

-acai-

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...