Friday, February 27, 2009

tepak telanjang...

kapak itu kepak biar Pak Lang bertempelak
ke(y)pak itu balak nanti Pak Su datang tetak
letak itu kapak kalau tak mahu hilang bapak
tepak dalam kotak boleh bikin kepala retak

panjang atas ranjang badan tegang bertelanjang
lincah macam kijang tapi malam jatuh terlentang
senang macam kacang boleh cerita berkajang-kajang
kuat macam bajang tapi bukan di celah kangkang

Wednesday, February 25, 2009

Bodkin and Judo points

emmm...cam ner boleh ade nih, selalu mintak jarang lulus, skang dah terlebih, susah ni.

Thursday, February 19, 2009

tidur yang indah

setiap yang lahir dari warna-warna kelam mu
buat yang tersentuh akan garis-garis terbenam mu
aku diam dan berdiri, sedih dan kaku
kerana tidak pernah melontar nama mu secara zahir
biar aku pernah tersentuh di setiap karangan mu yang berjalan di hadapan ku...

selamat tidur di dalam keindahan buat datuk...semoga indah semuanya



photo taken from lahabau.blogspot.com

Tuesday, February 17, 2009

future

I live persistently in the nonfigurative world, this city can go forth and back in front of me, what’s real according to me sometime just in a split second can turn in a specter shadows, puff and gone...

I don’t have plan, a life frame or even a mind map, funny but yes it’s true, if in the future I should happen to have a secure life and all the dreams come true, than I would realize that my ordinary life has ended…it’s going to be melancholically sad for me and my other phantasm friends :)

Monday, February 16, 2009

washed...

jawapan untuk entry ini 



"this is unfair...how dare you do this to me...I cursed you all night long...now I had to carry all of this guiltiness...I hate you...can't you just be like other normal guy......cant you...(a 4 and a half minutes silent pause)...I'm sorry dear, yes i love you too and you owe me a kiss...bye" 


she just hanged up...semua dosa ter hapus hehehe

Friday, February 13, 2009

rentap!

tige belas sudah tige belas kali aku cakap
ape yang ade belum berbalas, malah belum terjelas
tak teralas lagi mengendong, hai melolong
buat ape nak cakap beralas kalau telinge sudah kebas
merembas tebas bagai pusat di ketit agas
malas lah aku...kau pikir sendirilah nak bertegas ke tak

sampai ke cerah lah...

trek tek tek

kalau roboh kota melaka
papan di jawa saya dirikan
kalau sungguh bagai dikata
nyawa dan badan saya serahkan

bunga selasih di atas bukit
nenas jantan di timpa sena
hati kaseh bukan sedikit
emas dan intan tidak berguna

Thursday, February 12, 2009

garis hati si saktimuna

berpati racun melengai bahasa
laku yang miskin berjubah kaya
terkopak hati yang tadinya mati
menahan sebak berkati-kati
mencemar capal berjanji akad
membasah benang tenun bertekad
bagi yang raja tidur tak lena
buat yang rakyat berdiri tak kena

Wednesday, February 11, 2009

happy birthday lord skanda








all photos were taken by magnuscaleb using Canon G10

riuh rendah gegak gempita
memanggil, menangis, merayu sayu
pedih belakang robek tak ku rasa
jejarum mentari merona kepala
apa lah sangat di banding restu
buat kami hamba yang lesu



"abang jangan merajuk lagi"
-Sri Ganesha-

pre valentina

gambaran yang di harapkan..


"sayang aku sudah di sini di depan mu...di atas kedua lutut ku aku persembahkan sejambak mawar kegemaran mu


aku ingin jadi alfa dan omega untuk dirimu...aku tinggalkan masa selesa ku hanya untuk bersama mu di tanah ini...biar aku bisik kan ke telinga mu yang aku akan terus diam disini, untuk senentiasa bersama mu...ini tangan ku untuk mu...kan laku kan apa saja untuk mu


wahai kekasih ku...aku sudah di sini...seperti yang kita sering impikan...selamat menyambut hari kekasih...ohhhh"


(perlakuan-perlakuan di atas yang tak mungkin berlaku hehe)

.


.

.

.

.

.

.

.

...tapi sebenarnya


hah 12 ringgit? bentak ku perlahan, ikut kan rasa hati nak saja aku suruh kerani poslaju tu timbang balik, namun di sebab akan terpesona dengan kerani manis ber"name tag" Azila, aku buat cool jer seraya berkata "emm ok"


ku utuskan sampul perang beralamatkan kepada adinda nya yang aku yakin dua tiga kali ganda comel dari kekasih ku, di dalamnya ada kad yang mengayakan taukeh-taukeh kad ucapan di setiap 14 febuari, apa isi nya? oh itu rahsia :)


"ingat malam 13 feb, waktu kakak mu udah turu, sisip aja kad ini di bawah bantal nya" tulis ku,


dah lama aku rancang pakatan jahat ini dengan si Arny, walau tak sehebat rancangan akedemi fantasia namun ianya pasti menawan


kalau berjaya projek ku ini pasti aku kan rasa segembira Dato' Najib tak kala berjaya merampas balik negeri Perak dan harap-harap terhapus semua dosa "tidak menghantar" kad-kad valentine sebelum ini, yang mana pejabat pos dan posman menjadi "kambing hitam" akan tuduhan ku...yeah! (kalau gagal susah-susah aku ngorat jelah si Arny tu...yeah sekali lagi)


tadi aku terima sms dari adik nya "dont 4get mas bobby, titipkn ongkos buat bunganya kak yanie"



cisss!

Tuesday, February 10, 2009

rindu...

pembahagian sistem rindu:


1. pada si dia di seberang sana

2. kena leter dengan arwah mak aku

3. tepan mee/nasi goreng daging kat food court central market(dah tak dak dah)

4. naik tangga tak letih

5. dating kat A&W chow kit (belakang panggung federal) kantoi safe vanue

6. bundle chow kit sebelum pindah ke lorong haji taib ( seluar levi's kepala kain rm5)

7. rumah sewa aku kat jalan pasar

8. suasana dingin dan selesa di hemeed restoren, cm

9. jalan kaki kl - pandan indah

10. Teoh Chey Suan (paling)

Friday, February 06, 2009

senja di kuala lumpur

akibat terbaca posting abang neraka dan si fakap:


Mac 1992, sabtu, jam menunjukan 7.20pm...senja...aku dari Setiawangsa amik bas Sri Jaya (145A rasanya) ke KL, aku duduk kat belakang dan ada empat orang penumpang lain, aku pasang rokok berjenama Kent...abang driver panggil aku ke depan "woi! yang isap rokok tu mai sini" ada bunyi longhat utara...aku terkedu "hai nak kena marah la nih", aku ke depan, dia tenung aku dengan muka serius..."bak sebatang" kata nya sambil tersenyum...hahaha aku siap cucuh kat dia lagi...aku kembali kebelakang sambil ada makcik menjeling tanda protes dengan anak nya yang dressing ala-ala fauziah latif...comel

waktu aku melabuh kan bontot ku terpandang pemandangan senja merah kemerahan yang syahdu ketika bas menuruni bukit di kawasan lembah keramat, waktu yang sama brader driver tu pasang radio dan berdendang lagu Senja di Kuala Lumpur...sumpah aku tak buat-buat cerita

indahnya waktu itu...berat badan pun kurang 5 kilo dari yang sekarang ni...isap rokok dalam bas kat seat belakang...lagu pengiring yang menarik, anak makcik ranggi serta permandangan lembayung senja yang sepi haiii

kan ku ingat (kan ku ingat)
kan ku kenang (kan ku kenang)
senja indah senja di Kuala Lumpur
kau ku bawa (kau ku bawa)
kau ku simpan (kau ku simpan)
senja indah senja di Kuala Lumpur
-Broery-

ni hang la ni fahmi mengimbau...

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...