Wednesday, May 27, 2009
hukum hakam malam tak kelam
sosialis? kesamarataan dan keadilan sesama adalah juga satu hukum yang tidak adil untuk manusia-manusia yang rajin bekerja kerana ada kaum sosialis yang duduk melayan persona di kerusi sambil mencipta puisi-puisi untuk sang petani yang membanting tulang di bawah terik mentari
kembali kepada susur perintah agama? bagaimanapula bagi mereka yang tulus jiwa raganya namum tidak ada ke imanan pada tuhan atau roh-roh suci...
hukum alam adalah hukum yang merangkul segala kehidupan, ini bukan satu cadangan hanya lah satu pandangan, bagai mana anda/kita mentafsir maksud Alam?
itu adalah di tangan anda/kita sendiri
Thursday, May 21, 2009
printed memories
dalam 5.15 aku sampai Central Market dan tempat yang dituju adalah Hameed restaurant yang baru di buka (sebelum tu restoren Yusuf tapi dah pindah keluar), waktu-waktu cam ni dah nampak kelibat kengkawan masuk ke markas, sorang-sorang masuk, bebudak brickfield lambat sket mungkin baru bangun tido time nih hehe,
tak buap apa pun just lepak dan bercerita tentang musik dan scene, maklumat adalah terhad waktu tu tiada mega magazine, internet malah handphone pun belum wujud lagi, yang ada hanya fanzine-fanzine dan beberapa news letter itu pun kalau dapat dah lunyai, time makan roti canai atau mee goreng kongsi reramai brotherhood betul,
time balik dalam kami ramai-ramai jalan kaki ke kotaraya geng brickfield balik naik bas 46 cuma aku sorang jer yang amik bas 114 balik menghala ke cheras...sebab apa aku cerita benda-benda ni cuma mengimbau bila ada teman dari singapura pos gambar ke facebook, gambar tengah tunggu bas nak balik rumah oh nostalgia nya :)
Friday, May 15, 2009
kenang kenangan
lapar jiwa dahaga rasa, minda kosong bertali getar, bergemawan kepulan asap bernakotina, menghirup kafin dan menjamah kolestrol...aku tak mampu menulis lagi...untuk menulis bagai pedang yang membelah masa atau muntahan peluru panas dari corong hati, melupakan pena menafi tinta, bergenderang jejari mengetuk papan kekunci, irama menabur hujan, irama pepasir tumpah, walau tak seindah lagu Pasir Roboh...
Tuesday, May 12, 2009
Ole-Ole
Monday, May 11, 2009
Ibu
Aku: Ma, sedap ke Marmite tu?
Mamaku: eeee…tak sedap jangan makan, pahit lah
setelah umur ku 20 tahun aku termakan Marmite di rumah teman ku dan sekarang aku adalah pemakan Marmite yang amat tegar
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku: Ma, orang putih tu cantik lah (time naik ferry gi penang)
Mama ku : hish ! nampak jer cantik, busuk tak mandilah
Lama jugak lah. Setiap kali nampak mat atau minah saleh lalu aku cuba mengelak, namun kini seperti macam teman-teman yang lain, aku juga tidak membiar minah-minah saleh tu pergi tanpa di sapa :)
Aku: Ma, kenapa Batman duduk kat dalam gua?
Mama ku: aihhh, gi lah depan tu, mama nak basuh pinggan nih!
aku sampai sekarang masih tinggal dan diam dalam dunia fantasi yang kekadang Batman atau Aquaman datang bertanya khabar :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku tahu ibu menjawab dan membalas dengan niat yang tersendiri, untuk kebaikan ku, namun aku sampai ketikanya memilih jalan dan denai yang aku rasakan sesuai untuk ku, thanks for everthin's and I still owe you a soul...
selamat Hari Ibu mama ku, rest in peace
Sunday, May 10, 2009
rona raga rani
tapi itu dahulu, kini semudah mencacing keluar sesuka hati ku, terbang di bawah nafas atau berenang di hujung muara mata, aku tak perlu lagi pintu untuk menjengah laman mahupun tingkap untuk meraba awan...
mudah bila mengeluh rindu itu sudah tidak perlu lagi, kerana aku hampir mengerti akan makna nadi dan nafas yang bergantungan diraga jiwa...
pagi syawal
1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...
-
Aku ke Ikea bersama teman-teman tempoh hari, macam kebanyakan orang lain yang melawat ke sana aku lebih teruja dengan benda-benda kecil di t...
-
3 march 2006 I was walkin' along the riverside down to Dayabumi from Masjid Jamek LRT Station…it was nearly 7pm when I saw one extremely...
-
Search, mana ada lagi band rock tempatan yang mampu buat konsert yang berskala begini besar stage dan penontonnya tapi sayang gagal di Ibu N...