Friday, June 26, 2009
awwwwwwwwwuuuuu!
I believe 90% of boys and girls from my generation through out the world has been spiritually touch by him
Good bye mikey…sleep in peace
Tuesday, June 23, 2009
sekilas pandang...
-Steve Jobs, of Apple Inc -
haribol, prabu steve :)
Monday, June 22, 2009
Friday, June 19, 2009
dinding lara
Sunyi...aku rasa takrif sepi dan sunyi boleh disamakan dengan nasib loceng kebakaran di bangunan-bangunan besar, tak sapa nak ambik peduli, kecuali kalau dia membebel (tu pun masih ada jugak yang buat tak ambil kisah)...kasihan deh lo
Thursday, June 11, 2009
bahana dari kehidupan yang lampau...
memang sudah di ketahui dari dulu lagi yang aku seorang pemimpi (bukan macam john lennon) tapi aku akan bermimpi di setiap waktu tidur ku, jarang sekali tidur ku kosong dan sepi, sejak akhir-akhir ini aku di kunjungi rasa ngantuk yang datang secara *sarbu tanpa helmet, malah aku boleh terlelap lima saat ketika berjalan di kotaraya (bukan pengsan atau pitam) dan aku juga pernah berkali-kali tertidur lima-enam saat sewaktu berdiri didalam LRT malah dilapik dengan mimpi sekali,
dengan petingkahan yang tertulis seperti di atas, aku telah mengadakan separa diagnosis terhadap diri ku...hasilnya, aku mungkin sedang atau akan menghadapi penyakit Narcolepsy macam mamat argentina dalam cerita Moulin Rouge...mungkin aku perlu tukar nama ku Magnus the Narcoleptic di masa hadapan...emmmmm
kita tunggu diagnosis dari tuan doktor pula nanti
cheers
*sarbu tanpa helmet = bahasa central market circa 90an membawa maksud menyampuk secara tiba-tiba
Monday, June 08, 2009
things we do in the morning
ok, remember the song "you're beautiful" by mamat tumpul ex army tu, yang berkenaan akan jatuh cinta dalam train, I saw a similar scene today (malang sekali ianya tidak berlaku terhadap aku)
Isnin, 7.45 am, Dalam Star LRT
Berdiri di bersebelahan seorang jejaka yang kacak dan perpakaian kemas ada seorang gadis yang amat menarik rupa-parasnya dan gadis tersebut sedar akan seorang stud berdiri disebelahnya, everything is so tense for her, the way dia betul kan rambut dan dari riak wajahya aku yakin di si gadis sedang mengawal segala perbuatanya agar nampak menarik, namun jejaka tersebut buat tak endah sahaja, matanya tembus ke tingkap LRT, mungkin memikirkan soal kerja, tiba di station Chan Sow Lin ramai penumpang keluar untuk transit ke Bukit Jalil, lalu si gadis berpeluang untuk duduk betul-betul sebelah kanan di mana berdirinya sang jejaka,
now the table has turned, si jejaki terpaku dan tersentak 3 second tak kala matanya jatuh ke arah si cantik, kini giliran untuk si gadis untuk berbuat "derk", ohh such an agony for a guy to stand in front of a very beautiful girl and do nothin'…we men know that feelin’
si jejaka dengan tiba-tiba berdiri dengan gagahnya nasib baik dia tak buat “power stand” serentak terjadi lah gaya-gaya sensual seperti menyeluk saku, melihat jam tangan dan batuk secara sopan semuanya berlaku dengan tertib, aku yang berdiri di tepi pintu tersenyum melihat gelagat mereka
si gadis masih dengan stone face nya tiada riak yang boleh di baca, walau pun berkali si jejaka memberi body language serta signal yang mungkin berbentuk morse code,
di saat itu juga aku terfikir “ahh mungkin aku saja mencipta situasi tersebut di kepala ku”
tiba di station Masjid Jamek tika semua orang berebut nak keluar, si gadis bingkas bangun dan masa tetiba berjalan lambat dan nyaris pegun semacam gerak dalam movie Matrix, si gadis merenung tepat pada jejaka dan melemparkan satu senyuman yang aku rasa paling exotic, ala-ala Angelina Jolie pada Brat Pitt dalam Mr &Mrs Smiths, aku juga terpaku, sayangnya di iPod ku sedang bermain lagu “don’t let go” dari Weezer, mungkin destinasi nya on the next station dengan jelas dan terang si jejaka hanya mampu memulangkan senyuman tersebut dan menelan air liur sambli kaku berdiri
aku turut keluar dan menyusul di belakang gadis tersebut...“oh wanginya” bentak ku lalu cepat-cepat aku memotongnya agar tidak terperangkap dengan aroma indah si gadis yang amat mengoda, sambil berjalan aku terfikir apakah nasib si jejaka itu untuk hari ini gembira atau di rundung rindu pada si gadis…di ear-phone ku bernyanyi lagu Weezer dari Green album, “smile”
“Cause I don't wanna break
Your fine face. I can't take
The way you wanna wrap me up
Inside your smile…” –Weezer-
Thursday, June 04, 2009
jalan yang dulu dan masih terkini...
Ibu, bapa, nenek, pak long atau mak su? Jalan mereka sama,
lagu dan tari mereka senada, gelombang mereka satu
sesedar dari umur ku diparas pinggang ibu ku lagi
berkoyan aku simpangkan harapan, putuskan haluan
berjuta aku jeritan bantah hati, senapangkan jawapan
“derhaka“ mungkin kata pelengkap untuk ruang kosong itu
atau derhaka kah mereka pada ku.....
aku kah yang melawan arus atau
mereka yang hanyut menuju jeram
ini jalan ku, gelombang ku,
jatuh bangun ku mungkin terluka
jadi ubat penghilang mengantuk
bimbang terlena di tengah jalan
menongkah kata yang hari ku suntuk
Tuesday, June 02, 2009
...yang tersenyum kepuasan
Aku tengok, terpegun, ternganga, bila dia ‘goreng” gitarnya betul-betul didepan aku, bukan tak pernah jumpa sebelum ni, lepak sekali pun pernah, tapi malam tu mungkin tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu, nak menangis pun ada, tapi aku sorok perasaan tu dan terus ambil gambar,
Hati mana yang tak keruan bila didepan aku adalah antara orang-orang yang secara tidak langsung mencorak laluan hidup aku, yang membuatkan aku berdiri dengan pegangan ini, dari di tingkatan tiga lagi aku dah ada kaset original diorang bersama-sama poster yang penuh di dinding (RM8.50 kira mahal lah zaman tu, mana dapat duit jangan tanya)
dan mungkin sebab aku dah agak berumur dan diorang lagi lah berumur-sumur tu yang rasa satu macam ni,
Makin tersentak bila Makcik Rock Shima masuk dan dendangkan lagu Pencinta…aduh aku bernyanyi bersama sambil buat gaya ‘air puchin’ ala-ala tengok konsert Rollins Band (ni semua gejala geng karaoke anarki lah ni)
Paling best aku dapat jumpa dan bergambar dengan Man Dayak…ini memang rare experience :)
"Dulu kala aku kelam dalam pahit suasana
Lagi sempit lagi beku hilang arah titian
Dulu kala aku rindu belai kasih sayangmu
Hari esok mungkin ada hari yang bercahaya
Itu nasib perjalanan seseorang pencinta..."
dah dekat 25 tahun aku percaya pada rock and roll...dan aku tak menyesal walau sedikit pun
sentuhan keedal
"Halakanlah aku jalan yang sentosa..."
pagi syawal
1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...
-
Aku ke Ikea bersama teman-teman tempoh hari, macam kebanyakan orang lain yang melawat ke sana aku lebih teruja dengan benda-benda kecil di t...
-
3 march 2006 I was walkin' along the riverside down to Dayabumi from Masjid Jamek LRT Station…it was nearly 7pm when I saw one extremely...
-
Search, mana ada lagi band rock tempatan yang mampu buat konsert yang berskala begini besar stage dan penontonnya tapi sayang gagal di Ibu N...