aku dan rakan-rakan se"photograpy" KL flickr atau KLickr ke kota melaka sabtu lepas, pada orang melaka kitaorang tak umumkan kehadiran kami ke sana so kalau ada anak-anak yang terkejut dari tidur atau ada anjing yang lari bertempiaran maaf kan kami, tak ramai pun dalam 50++ orang jer,
kami berkumpul depan bangunan merah milik penjajah belanda (bukan encik azizul) dalam jam 5.00pm, kemudiannya kami dengan semangat 1malaysia turun ke Jongker street untuk menganggu nyonya dan amoi yang baru nak buka gerai dengan kamera sambil mencuri-curi buat muka ala peranakan portugis dan makan aiskerim, (5 kali jatuh cinta dengan 5 orang amoi anak -anak peniaga di situ...hishhh)
kira kepala dan buat bising di Stadthuys Square
chaos, kira kepala dan masih tak dapat keputusan
(photo by azri of KLickr)
chaos, kira kepala dan masih tak dapat keputusan
(photo by azri of KLickr)
selepas ke Jongker street
(photo by Adi of KLickr)
menjelang senja kami beramai-ramai ke Sungai Duyung (tanpa sesat) untuk berbuka puasa (tapi terpaksa berpecah kerana tak cukup seat so ada dua tiga kerat kena makan kat kampung portugis), ikan bakar dan beberapa jenis binatang laut di hidangkan, mereka makan dan bersembang serta ketawa dengan lahapnya, tak kurang juga sesekali jeritan luar dugaan dari kelompok kami, tentang makan aku tengok jelah tak makan makanan yang ada mata dan boleh bergerak hehehe, nasib baik anak tokey kedai yang comel tu pandai masak sayur kosong, lega aku, aku rasa dia faham makna vegan or vegetarian coz dia pakai baju band anarcho ganaih (Doom), yang penting kami semua happy dengan makanan dan harga tempat tersebut dan berjanji pada pakcik towkeh akan datang lagi di tahun hadapan dengan tata-rakyat yang lebih tinggi,
Sri, bercakap dan ketawa sambil makan udang bakar
setelah perut kami penuh dengan makan yang bersulam air tembikai dan oren kami kembali ke Jongker street yang kini penuh sesak, sekali tengok macam petaling street bezanya peniaganya amatlah photo friendly tak macam di KL sombong dan fasih berbahasa nepal, maka "jenuh"lah aku "pukui gambaq", hampir separuh SD card aku penuh,
kemudianya kami dengan rendah hati menyerbu kedai cendol yang sedaplah ameeeek, aku terpaksa akui ianya lebih sedap dari cendol Penang street, walaupun kedua-dua cendol ini dari negeri-negeri selat, cendol Jongker street menang perbandingan ini pada ais kisarnya yang halus dan gula melaka yang menangkap kalbu, ada juga aku nampak nyonya tokeh kedai tu macam berdoa dan buat muka bidan pengugur anak agar kami lekas bayar dan pulang, namun doanya tak termakbul kerana nyaris-nyaris kami buat dapur kedai tu macam dapur nenek kami yang punya, dont worry auntie next year we'll come again >:)

kemeriahan dapur kedai cendol
(photo by Adi of KLickr)
masih di dapur kedai cendol, kelihatan Yaya
dalam percubaan naik ke bilik nyonya towkey kedai
muka gembira dan sarat selepas makan cendol
lepas pusing dua-tiga round kami balik ke KL dengan keletihan dan berpuluh "snap-shots" di kamera...kalaulah ada star-gate portal cheh
*terima kasih buat cik shaf and cik faz yang meng"organize" trip ini dan juga buat afai sekeluarga yang menumpangkan jentera berat ini
koleksi gambar trip ini di flickr aku
*terima kasih buat cik shaf and cik faz yang meng"organize" trip ini dan juga buat afai sekeluarga yang menumpangkan jentera berat ini
koleksi gambar trip ini di flickr aku
4 comments:
meriahnya
saya pun nak stargate portal.
tapi takut nanti alih alih keluar kat piramid di mesir.
Weed and Bandages : meriah amat nasib baik ketua menteri tak join sekali
abby: kalau ada pun dia hantar balik ke kedai cendol rasanya hehehe
ada jugak nama ku terselit di bait bait cerita anda.. kekekekeke..... oh begitu puitisnya cerita anda itu...
SAYA SANGAT SUKA!
Post a Comment