Thursday, November 19, 2009

selamat pagi cikgu

semalam hujan dan aku masih demam, balik kerja awal malas nak layan kerja-kerja lebih masa yang menimbun, aku naik train dalam keadaan semi basah, hati geram campur bengang dengan hidung tersumbat, ambik headphone, on iPod layan Power Of Idea dengan harapan lagu-lagu thrash ni boleh halau demam ni keluar, depan aku aku ada budak lelaki berseragam sekolah, gemok dan belemoih, teringat macam aku dulu-dulu, baju tak tuck-in (ni kira rebel la) dan pakai selipar tat seng, di tangan nya ada se-bundle buku dalam ikatan, tertulis di setiap buku tersebut "untuk tingkatan tiga" ah, baru amik buku text bantuan rupanya, muka budak tu sungguh tak enak, masam.

ramai yang cakap zaman sekolah amat indah kalau boleh nak kembali ke zaman tu, ptui!! aku paling tak suka zaman sekolah zaman gelap zaman kena bangun pagi, zaman ko-kurikulum, zaman cinta monyet, zaman segalanya terhad, aku tak nafi kan zaman tu banyak mengajar tentang bagaimana nak hadapi dunia di masa hadapan, yeah aku kira zaman tu zaman belajar nak hidup,

mungkin aku antara mereka yang terasuk/terpandang hidupan luar sebelum habis sekolah, aku kenal
rock n roll sewaktu tingkatan 3, mat jef ajak aku minum shandy time tuiysen SRP, ketika kawan-kawan ku baru nak belajar pakai gel di rambut, time tu aku dah gila nak rambut panjang (salah kan kakak kawan aku, Dokken yang bawa pulang sebeban metal mags dari US hehehe), dah rasa nak tumbuk cikgu lepas tengok Twisted Sister (dah tertumbuk pun dalam gelap), rasa nak willie motor kapcai pak aku lepas tengok video Motorhead, ponteng kelas lari ke Taiping semata-mata nak tengok Search kat taman tasek, susah betul nak jadi rockers zaman sekolah, belajar malas, study untuk sekadar lulus jer, so aku kena akur dengan apa yang aku ada sekarang (menyesal? oh tidak),

kalau
korang suruh aku masuk zaman sekolah balik bagi sejuta pun mampus aku tak mau, tapi aku masih sayang kan cikgu-cikgu kegemaran ku, kalau balik kampung selalu lepak minum teh dengan diorang cerita tentang kuala lumpur dan aku pulak yang membebel kenapa depa ni tak mau berenti merokok hehehe


so aku sebelum keluar dari train aku gi kat budak tu dan pegang bahu dia seraya ku berkata "tak pa dik lagi tiga tahun je, pas tu habis siksa ni" dia terkedu, pause sekejap, tersenyum tawar dan mengangguk tanda setuju, dia mungkin lega ada brader yang faham bentak hatinya








Kini lima dari sahabat baik ku di waktu sekolah adalah guru, mereka adalah wakil generasi ku yang menyambung legasi mendidik anak-anak bangsa, aku harap mereka mempunyai kesabaran dan kecekalan setaraf dengan guru-guru ku sebelum ini (walaupun lebam sebelah mata)

3 comments:

~~DucKneSs~~ said...

yup..setuju..

zaman sekolah dulu tak berapa best jugak untuk aku..sekolah menengah pon kalau diingat pon xberapa menarik..hidup yg low-profile n safe..xsemenarik zaman U,zaman dimana risiko senang2 je diambil tanpa pikir panjang..hahaha..

Weed and Bandages said...

waktu sekolah dulu aku jadi pengawas. lagi tak best.

Ashraf Fareeq said...

entri kau kali ini memang style.