Petang semalam aku pulang dari pejabat, setelah menjamu nasi daun pisang di Kader, dengan perut sengkak aku menapak ke LRT Masjid Jamek, "ugh tak ramai orang sempoiii" kata hati ku.
Penantian tak lama LRT menghala Ampang datang dengan senyuman, aku masuk dan terus berdiri di kubikal feveret ku (ruang antara dua gerabak) sebab aku percaya lelaki sihat tubuh badan tak layak duduk di dalam LRT kecuali kalau betul-betul ada kekosongan.
Aku pandang kearah para commuters yang duduk, ada empat orang lelaki Vietnam duduk dengan rupa mereka sangat buragas baru pulang dari kerja, muka masam mencuka mungkin masih kena kutuk akan kalah bola dengan rakan sekerja berbangsa Malaysia, ada pasangan kekasih berketawa kecil tanpa melepaskan tangan yang di genggam, cubit-cubit sandar-menyandar, ada remaja punk/gothic "darjah enam" duduk dengan gaya "ahh aku tak peduli", aku tersenyum sambil melayan Glasvegas di iPod ku.
Sampai di stesyen Hang Tuah aku lihat ramai orang dah beratur kat luar,"leceh ni sosak train nanti " bentak ku, orang ramai meyerbu masuk macam anak ayam keluar kandang, tadi nampak macam beratur pelik sungguh warga KL nih, semua berebut nak duduk, mungkin penat berjalan di bukit bintang tadi, atau pun pusing terlalu lama di Low Yat cari laptop cooling fan yang murah tapi bermutu, hingga ada brader tu buat muka benci sebab ada awek comel lebih cepat amik tempat duduk yang dia dah aim dari luar lagi,
sebelum pintu di tutup masuk seorang pemuda agak kurang upaya bersama ibunya, berdengket-dengket dia berjalan, aku rasa ada sedikit down syndrome pada diri nya, dia berdiri betul-betul tepi pasangan kekasih tadi, malangnya si gadis tidak mahu melepaskan tangan jejaka hatinya bila aku nampak pakwe nya itu cuba-cuba nak bangun, siap kena marah dengan si gadis lagi, demi cinta dia terpaksa akur dengan kehendak si gadis, mamat-mamat Vietnam yang kasut berlumpur serta muka buragas, berbibir ada warna sireh tadi bingkas bangun dari tempat duduk mereka yang jauh di hujung, menarik dan memimpin pemuda cacat bersama ibunya duduk di tempat mereka.
aku rasa terharu...dan malu dengan sikap orang Kuala Lumpur.
11 comments:
vietnam i likeee hahahah
boleh buat iklan komersil dah dengan mengguna pakai cerita kau ni brader he he
ise: "i love you long time"
freddy: antar kat kat kem. kebajikan hehe
ala....baru nak ckp "I LOVE U LONG TIME". Bang, itu hang tuan...ekor n kasi tarik atas lagi bior bunyinya berbunyi tuah.
~dzaza
boleh buat iklan nih.
sayang yasmin pergi dulu pulak.
Like.
iklan jangan tak iklan..haha
belum kawen dah kene 'control'?
:P
tumpang singgah bro..malaysia boleh tuu..
Masalah lelaki melayu..tak reti nak pilih gf..aahahaa bercinta sakan sampai lupe dunia..and then kahwin..tak lame lepas tu boring n bercerai..sbb baru sedar yg bini die tak cool...ahahaha///gagal
haha...aku ingat aku sorang je suka port antara 2 gerabak tu...haha
Post a Comment