Wednesday, February 03, 2010

celah tanah...part I

pertama kali aku dapat fanzine Aedes pada 1989 di kampung aku, Mat Afis bagi aku, time tu fanzine tu dah kena copy bebelas kali, dah fade, jenuh nak mengeja tulisan Joe Kidd, aku tak faham sangat pebenda musik underground nih, kalau Poison atau Skid Row aku tau lah, maka berempas pulaslah Mat Afis terang kat aku dengan mulut penuh, makan burger ucop dan tengok di VHS gig band Tankard, kagum aku dengan cara mereka bergerak yang amat berbeza dengan scence rock dan heavy metal, time tu aku dah agak terrer pasal rock 80an tanya saja apa info pasal rock semua aku boleh jawab (thanks to Kerrang, hits parade dan awek bernama dokken)

1992 aku di perkenal kan pada Fathul oleh Mat Selangor, dalam pertemuan tersebut mereka bercerita tentang music indie (term ini amat baru ketika itu) dan mati-mati aku ingat lagu hindi dan bermula dari situlah aku kenal betul-betul mendalam akan pergerakan musik bawah tanah ini, hari-hari aku akan singgah ke CM (Hameed Restaurant) dari tempat kerja sebelum pulang ke rumah, aku kenal ramai kawan-kawan baru di sana, Oz of Kakakara, Joe Kidd, Fendi (budak kg aku nih) the kembar brothers, Stone, Pink and Olie of Silent Death, budak-budak Sil-Khannaz yang rambut cantek-cantek ketika itu, Ojie and the acidic boys, cik Weng yang baru pulang dari state, terlalu ramai untuk di tulis, kami bagai satu keluarga yang duduk di ruang tamu yang bernama Hameed, hingga kan pekerja restouren hanya akan amik order jika di panggil sahaja, kami dah buat macam rumah sendiri, almost everyday dari jam 5.30pm hingga 9.40pm (pas tu sambung kat kedai nasik ayam abang brahim di lorong katak sampai jam 11pm)

cara kami berpakaian dan berfikir amat berbeza dangan anak-anak muda pada zaman tersebut, sumber maklumat penting dari zine-zine yang dah berkali kena copy, belum ada sms atau intrernet paling canggih pun telefax tak pun alat kelui (pager) pernah satu kali tetiba kecoh di Hameed semua berkumpul pada satu meja, oh ada zine dari luar negara baru tiba rupanya, naik hancur dalam masa satu hari,

muzik adalah teras dalam segala hal, di setiap meja pasti ada topik keras akan pendirian dalam mengatur pemahaman dan etika musik, ia nya bukan sahaja melibat kan laguan atau melodi tapi pegangan kita tentang kehidupan, apa ideologi yang kamu nak bawak, apa suara kamu di antara manusia-manusia di sekeliling, it's not just about pogo or having fun or being a piss drunk...itu yang membuatkan all the elders in the society takut, gentar akan perubahan yang di bawa, bagai ombak yang bakal meruntuhkan segala binaan pasir yang mereka sanjungi selama ini...chewaaah

ahhh, nanti bila-bila aku sambung...

9 comments:

m:or @bol @s said...

wahh.. panjang lebar..

Gen Mayhem said...

bang, bagi sambung cepat..best dah ni

~~DucKneSs~~ said...

huwah..penjelasn yang hebat amat..aku pon memula ingat Indie tu keturunan hindustan jugak..hahhaha..

pepon,memang dipersetujui kalo orang cakap generasi yang muda akan rosakkan peninggalan dari yang veteran..cuma tengok pada tatasusila dan penghargaan terhadap keamanan kita sekarang dah cukup..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Hehehe. Sambung, sambung woi...

Rajuna said...

halamak....bang.
baru nak naik mood tiba2 sambung.
terus tumbuk almari!

MagnusCaleb said...

ok saya sambung...pelan-pelan kayuh, memori tak laju prosessor lama, pentium tahu satu :)

Otak Delusi Pelita said...

Sambung!Sambung!hurmmm scene skang macamana pulak?Ade beza?

Lelaki Autumn said...

muzik penyatu segala tak kira apa genre pung.

cubajuba said...

thumbs up bobra!

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...