Thursday, February 18, 2010

satu cerita kecil di kuala lumpur (versi cuti raya cina)

selasa aku bosan dengan cuti, baru bangun dari tidur petang aku berjalan kaki ke gerai mamak bawah pohon bodhi untuk pekena teh dan samosa, aku melalui tepi padang bola mini untuk khas anak-anak dahlia apartment bermain, ada beberapa kanak-kanak seumur darjah 4 atau 5 bermain bola, tiga berketurunan india dan empat berketurunan cina, mereka menjerit dan berkomunikasi dalam bahasa melayu dengan fasih di sertai dengan sedikit mencarut kasar juga dalam bahasa melayu, maklumlah bermain bola,


aku terpikir akan mereka, berbicara dalam bahasa melayu bukan kerana agenda 1Malaysia atau nasionalisma tapi kerana satu keperluan untuk hidup kerana untuk hidup perlu ada komunikasi, mungkin bila mereka sudah dewasa bahasa inggeris akan jadi pilih utama, nyata bahasa mampu menyatukan sesama manusia, bak kata Ramlee selepas kena sound dengan Singh dalam Seniman Bujang Lapok "bahasa mencerminkan bangsa kau tahu"


...cuma agenda ugama yang sering mengagalkan penyatuan ini, emmm

3 comments:

http://myeyesays.blogspot.com/ said...

mereka terlupa baris pertama rukun negara gamaknya,sesie je pegi sekolah amek ikrar tiap pagi mase perhimpunan, tapi gagal untuk memahami maksudnya

the artist and i said...

gagal untuk memahami boleh salah orang yang mengikrarkannya,

rukun itu sendiri yang tidak meninggalkan kesan (rasanya)


'mungkin' masa bina rukun itu sendiri sudah berkonflik?


:)

WanBeruas said...

salam bro boleh tolong kasi contact no/email Fathul Infectious Maggots..lu boleh roger kat wa punya blog..anyway thanks a lot!

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...