Skip to main content

melayar silauan perak...

semalam aku ke Maxis Center, untuk urusan BIS, punya la lama nak tunggu giliran, bukan Maxis lembab tapi orang terlalu ramai, biar pun jam dah menunjukan hampir 7.30 malam, berjaya betul bisines dia orang nih, rasanya kena tambah kaunter lagi,

kaki aku terus memukul ke depan cari pengalas perut, sedar-sedar aku dah di depan kaunter TGV hish, dua tiket untuk Clash Of the Titan, mana boleh resist epik kuno Greek ni, aku dah baca sejak aku tingkatan 3 lagi, boleh kata separuh nama karekter kat dalam cerita tu aku hafal, aku suka sebab dapat tengok karekter-karekter pujaan aku dengan gaya grafik yang canggih, terutama nya Puan Sri Medusa memang macam dalam buku, tapi jalan cerita tah apa-apa suka-suka ja si Louis Leterrier ubah, bila masa plak si Perseus ni bercinta dengan Io dan aku rasa Liam Nelson tak layak bawak watak Zeus, tak cukup godzz, namun aku tak kesah layan sajalah, awal-awal diorang dah bagi tau loosely adaptation,


ada satu lagi budaya dalam panggung wayang di malaysia yang aku tak perkenan, mak bapak tak pandai jaga anak dalam panggung wayang, di biarkan bebudak tu bising, banyak tanya, menangis, berlari makan jajan dengan bunyi yang tak enak, (tambah-tambah panggung pinggir bandar, ini kenyataan) bila orang marah dia jeling marah balik dan cakap "budak-budak ni pun nak marah, diaorang tak tau apa-apa lagi", kena pulak si bapak pakai bangle silver bersaiz tali penambat kapal, maleh aku nak cari gaduh, bodoh dan tak bertamadun sungguh mak-bapak ni, mana ada orang bawak anak gi tengok wayang kalau bebudak ni tak faham apa lagi (kalau animation atau cerita kanak-kanak aku fahamlah situasi ni),

kalau di barat mereka akan upah baby sitter part time untuk mereka keluar makan dinner atau tengok wayang, upah jer anak jiran jaga jap, kalau tak jangan tengok wayang duduk rumah beli Astro B.yond, walau apa-pun alasan mereka, bebudak yang tak boleh behave tak boleh di bawa masuk panggung wayang, period

namun semalam tak ada kejadian semua tu, sebab pasangan sebelah kami memang profesional anak gadis mereka aku rasa berumur 4-5 tahun amat baik tingkah laku nya, aku dengar bila ibunya menegur "dalam panggung tak boleh cakap kuat-kuat nanti ganggu orang" dia terus diam dan dia hanya berbisik pada perkara-perkara yang dia tak faham, mak-bapak dia amat bersiap-sedia, ada jaket dan sarong tangan, aku puji aku respek, harap-harap ramailah yang buat perkara macam ni.

Comments

~~DucKneSs~~ said…
juga amat xsuka bila ada bebudak yg bising dlm wyg..one time tuh pernah ternampak parents bawak baby msuk wayang..what the fish..sian baby tu..musti xselesa dlm wyg tu..
bukan budak2 kecik jer yang suka buat bising, mat-mat belia yang datang beramai ramai tengok movie pun satu hal.. memekak untuk tarik perhatian orang.
Anoneemus™ said…
Setuju! memang la budak tu tak salah..dah ko pegi bawak diorg tgk citer org dewasa buat apa? budak tu boring, tak faham, tu yg bising. Mmg tak bertamadun.
ramen retard. said…
paling tak suka bila ada segelintir masyarakat (teruatmanya remaja sekolah) berlagak dewasa. tepuk tangan tak tentu pasal. cerita-cerita dari luar umumnya selalu ada inside joke. mereka tak faham tapi buat2 faham. oh, sungguh kasihan.
yang bawak baby macam baru lepas pantang, lintas jalan p downtown memang tak boleh dimaafkan.

Popular posts from this blog

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.
Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan …

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/