Skip to main content

suam jejari...

seram-seram, sejuk jelum dengan air asam
ramas atas kepala mulut tiada henti ucap kata
bantal basah panas demam air sejuk jadi suam
tangan jelum jari ramas mata pejam harap tenteram

reda demam, reda panas tubuh baring pening
tanya ibu apa kopi panas lagi? aku mahu rasa
mata pejam alih rasa mahu bangun dari baring
ibu bilang diam, demam belum reda suhu tiada beda

ibu sudah tiada, asam jawa simpan dalam kaca
mangkuk jelum tidur telungkup di atas para
kalau rasa lara, ada demam datang menjelma
baring saja pejam mata tiada lagi jelum asam jawa...

Comments

HairiAks said…
Hi.. suka membaca entry ni & yang lain2... salam perkenalan... jangan lupa Follow blog hairi k..
Eskapisminda said…
Get well soon!
~~DucKneSs~~ said…
get well soon,bro :)




dalam demam2 pon sempat lagi wat gurindam..cayalah
MagnusCaleb said…
saya tak demam terima kasih, cuma rindu pada ibu saya sahaja :)

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

...you don’t have to worry now

Received a sad sms during my duty at Bukit Jalil Stadium, one of our dearly friend Boy of Punisher/Naked Butterfly passed away after being electrocuted at home, from what I learned he’s doing a renovation upon his house “DIY”ly…such a lost…

I still remember him carryin' Lee Toyol on his back in one of the gigs circa 90’s…serious looking guy with a sense of humor…gonna miss him

hope he’ll be swimming in the sea of light tranquilly…rest in peace bro…


pic were taken from http://ricecooker.kerbau.com/