Friday, April 02, 2010

merapu nombor waheed...

first time aku jumpa kau, aku tanya nama, kau sebut nama tah apa-apa, kau datang opis aku dan mintak borang 7A.8 berpeluh kerani kaunter tu cari borang tu, tak jumpa, seribu tahun pun tak kan jumpa sebab ko reka nama borang tu, kau merapu nombor waheed,

kadang-kadang aku dan kombat melawat kau kat konti Time Highway Radio (interview), kita cakap apa kita nak kata, aku ingat lagi bila ko tanya rahsia aku jaga suara aku bilang "air dawai kokot yang ambil dari setor Hajjah Nordah dan di jampi oleh Haji Hamzah" ko ketawa sampai berdiri atas kerusi, satu Malaysia dengar kita meracau, Haji Hamzah pun marah campur suka, itu dulu brader, dekat sepuluh tahun lalu, lepas tu sesekali saja kita jumpa, salam tanya khabar, tepuk belakang kita terus jalan ikut haluan masing-masing...


lepak dengan kau memang boleh bikin sesak dada, tegang perut...lapang perasaan

sekarang kau dah tak duduk di dunia ni lagi, kau dah pindah semalam, khabarnya punca dari demam denggi berdarah, tak kiralah apa, itu alasan dan cara Dia nak pindah kan kau, harap kau tenang di sana, aku cemburu orang-orang di sana masih boleh mendengar jenaka kau...

tak ramai kawan-kawan yang dah pergi aku terasa tapi kau pasti akan aku rindui, walau tak rapat mana, sebab kau yang paling best, terbaik, sebab kau merapu nombor waheed,

Din Beramboi berenang lah di kau di lautan cahaya...

gambar curi dari internet

3 comments:

eddie dewanaga said...

bro.. life is so fragile.

gua tumpang bersedih dgn berita tu dan tumpang gembira bila The Pilgrims akan muncul semula...!

Pet Shop Boys said...

nice writing...

~~DucKneSs~~ said...

pemergian yang mengejutkan..

kita dah kehilangan seorang pelawak yang berbakat..

semoga dia berada di kalangan2 yang mendapat keredhaan dariNya..aminn