Tuesday, December 06, 2011

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, di sebabkan ianya bernilai maka boleh lah di jual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.

Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan rohani mereka dan ini berterusan dengan beribu lagi "testimonial" (perkataan kesayangan peniaga melayu sekarang) di seluruh dunia, namum mereka ini tidak kaya dari hasil "perniagaan" musik mereka tapi mewah dengan kepuasan diri dan keberjayaan mencapai kehendak hati, itu adalah kunci seseorang pencipta mahupun penggiat seni irama iaitu dunia menurut kehendak dan impian mereka, mereka berada di suatu paras yang lebih tinggi dari pemimpin negara mahu pun mana-mana teraju kepercayaan rohani.

Secara global nya musik tidak boleh di sanjung secara patriotik total kerana seni irama ini perlu di lihat akan dari segi kualiti, mutu kesenian dan keampuhan dari sudut penyampaian, "end product" nya perlu sempurna, kata-kata seperti "negara kita ini kecil mana nak lawan jiran kita yang besar tu" perlu di buang sama sekali, Jamaica dan berapa negara kecil punya kehebatan seni ini di mata dunia dan musik mereka mencapai tahap kultus, oh lupa orang malaysia sangat takut dengan status kultus kerana ianya akan mengugat perhubungan dengan tuhan mereka, dengan itu kata-kata seperti "sekadar hiburan" bertema di hati mereka, sesuatu perlu di lakukan disini.

Jika perniagaan musik menjadi agenda utama anda itu terserah tiada dosanya di situ, anda mungkin puas melihat akan rumah, kereta dan lain-lain kehebatan materi hasil perniagaan anda, namun kepuasan anda pada seni ini akan terbatas oleh itu sebelum menjadikan iya satu perniagaan pastikan anda memakai seni musik ini seperti kulit yang membaluti tubuh anda, bagai darah yang bersungai deras di setiap pembuluh anda dari titik situ berniaga lah dengan jujur, bukan kerana syurga atau neraka tapi kerana kehormatan kita sebagai manusia.

Sekali lagi terserah pada anda tiada yang salah dan tiada yang benar, dunia kita juga berseputaran dari hujung rambut dan jari kaki serta dari hujung tangan kanan membawa hujung tangan kiri.

Sekian.



seperti yang di pos di ruang fb aku

1 comment: