Skip to main content

perniagaan seni irama...

Pertanian adalah perniagaan, tepat sekali namun bagi ku musik bukan lah perniagaan, jangan di letakan sebagai agenda utama, ianya mempunyai nilai dari 0.01 sen hingga lah ke beratus ribu ringgit, jadikan iya perniagaan total? kurang sesuai, kerana seni irama adalah penggerak yang mengayuh dunia agar berputar dan berjiwa, disebabkan ianya bernilai maka boleh lah dijual beli dengan bertujuan melancar pergerakan seni tersebut seperti perbuatan menyampaikan irama dan hasil kerja artis tersebut, dari minda beliau ke para pendengar, pembiayaan pekakasan musikal dan lain-lain pebelanjaan yang melibatkan tenaga kerja.

Artis dari dulu lagi menggelar diri mereka hamba seni yang membawa maksud sesorang yang berkorban untuk sesuatu kelompok yang lain agar terhibur dan meraikan kehidupan, seseorang yang menulis akan sebuah lagu yang mampu merobohkan sebuah empayar yang agung, seseorang yang melakar puisi di atas sekajang irama yang berjaya mengubah peratusan manusia akan kepercayaan rohani mereka dan ini berterusan dengan beribu lagi "testimonial" (perkataan kesayangan peniaga melayu sekarang) di seluruh dunia, namum mereka ini tidak kaya dari hasil "perniagaan" musik mereka tapi mewah dengan kepuasan diri dan keberjayaan mencapai kehendak hati, itu adalah kunci seseorang pencipta mahupun penggiat seni irama iaitu dunia menurut kehendak dan impian mereka, mereka berada di suatu paras yang lebih tinggi dari pemimpin negara mahu pun mana-mana teraju kepercayaan rohani.

Secara global nya musik tidak boleh disanjung secara patriotik total kerana seni irama ini perlu dilihat akan dari segi kualiti, mutu kesenian dan keampuhan dari sudut penyampaian, "end product" nya perlu sempurna, kata-kata seperti "negara kita ini kecil mana nak lawan jiran kita yang besar tu" perlu dibuang sama sekali, Jamaica dan berapa negara kecil punya kehebatan seni ini di mata dunia dan musik mereka mencapai tahap kultus, oh lupa orang malaysia sangat takut dengan status kultus kerana ianya akan mengugat perhubungan dengan tuhan mereka, dengan itu kata-kata seperti "sekadar hiburan" bertema di hati mereka, sesuatu perlu di lakukan disini.

Jika perniagaan musik menjadi agenda utama anda itu terserah tiada dosanya di situ, anda mungkin puas melihat akan rumah, kereta dan lain-lain kehebatan materi hasil perniagaan anda, namun kepuasan anda pada seni ini akan terbatas, oleh itu sebelum menjadikan iya satu perniagaan pastikan anda memakai seni musik ini seperti kulit yang membaluti tubuh anda, bagai darah yang bersungai deras disetiap pembuluh anda dari titik situ berniaga lah dengan jujur, bukan kerana syurga atau neraka tapi kerana kehormatan kita sebagai manusia.

Sekali lagi terserah pada anda tiada yang salah dan tiada yang benar, dunia kita juga berseputaran dari hujung rambut dan jari kaki serta dari hujung tangan kanan membawa hujung tangan kiri.

Sekian.



seperti yang di pos di ruang fb aku

Comments

menarik. :D

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …