Monday, August 31, 2009

tanggal tiga puloh satu...

bangun pagi seawalnya, mak aku pasti kejutkan aku, walaupun hari cuti, bukan apa nak tengok orang berbaris-baris dan perhimpunan "raksaksa" (aku tunggu jugak gorgon ke goliath ke, tak dak pun), itulah ingatan aku pada Hari Kemerdekaan, sejak dari zaman tadika lagi,

bila dah besar sikit baru faham erti merdeka sebab nenek aku selalu bercerita akan susah nya nak merdeka, bila tumbesaran aku makin menambah makin banyak lah persoalan yang datang masuk, bila dah kenal buku-buku luar yang kekadang aku salah interpret macam-macam soalan aku tanya pada diri aku sendiri, namun semangat Merdeka aku tak pernah luntur tapi ada sisipan yang penuh persoalan akan apa maksud hidup bernegara, hidup di tanah yang bersempadan, aku masih boleh tersebak bila nyanyi lagu kebangsaan, masih meremang bulu roma aku bila tengok gambar lama pejuang dulu-dulu, cuba mengerti kehidupan mereka,

setiap orang ada pengertian masing-masing, mungkin hidup mereka tidak sesenang zaman kecil ku dan aku tidak semewah orang-orang yang lain, itu kan karma...oh maaf tidak semua kamu percaya pada karma dan logika,

mungkin aku dan rakan-rakan rapat ku ada ideologi yang berbeza dari orang-orang yang lain, tapi kita masih berpijak di bumi yang sama, dingin pada hujan yang basah dan tempiasnya,

namun bak kata kawan ku rahim "dah lama sangat kita dah jadi minoroti ni, perlu di rampas balik status yang dulu" aku jawab "aku suka pada tun tapi...aku tak akan maafkan tun sewaktu dia mengambil anwar dan abim nya masuk kerajaan" emm apa nak buat...semua kami setuju

berdoalah kita suatu hari nanti agar dapat kembali perdana menteri yang hebat dan berfikiran tunku abdul rahman kerana beliau adalah seorang yang segak dan penuh perinsip (pernah ke tengok gambar dia tak ada style, he's truly a chap)

selamat hari merdeka orang malaysia semua...


Friday, August 28, 2009

libang-libu...

bagai mana harus aku lepas kan ini dari gengaman tangan ku
satu jawapan yang aku warisi sebentar tadi, panas dan ada getar
perenggan kata-kata yang harus aku unjurkan pada seseorang
yang awalan ayatnya bagai pedang-pedang yang rapuh hulunya
sesuatu yang mengembirakan namun berselimutkan kehitaman
keraian buat semua tapi bukan untuk dia...

bakal lah engkau maafkan aku kawan

breath in breath out...

42 dah ke 38...earrrghhh sikit jer lagik :)


ribut mini petang jumaat

tolong lah sesapa mula kan mass budaya silent kan atau perlahankan nada dering HandPhone di dalam pengangkutan awam, aku dah buat lama tapi tak ada kawan, tambah-tambah sekarang dengan ringtone yang mencabar minda,

bayangkan kakak-kakak atau bebudak indie darjah enam berbalas sms dalam train yang ringtonenya pada tahap maksimum tak pun handphone dengan nada dering mp3 tak cukup setengah kilobyte menjerit dalam beg dan mengambil masa setengah minit untuk menjawabnya...bak kata Tompel dalam nasib do re mi "...bongok"

ingin sekali nak tengok signboard depan LRT:

"SILA PERLAHANKAN NADA DERING TELEFON BIMBIT ANDA"

hujan pagi

hari ini, Star LRT, Masjid Jamek, 8am, hujan

aku sedang melangkah ada Jawbreaker sedang bernyanyi di telingaku, aku terhenti pegun, ada gadis di platform bertentangan, rambut melepasi telinga yang ada earphone terletak, ber t-shirt longsleve oren, straight-cut jeans, bersepatu converse putih lusuh dan pecah, ada rerintik hujan turun diantara kami, dia tersedar aku memandangnya...uhhh...nasib baik aku pakai mask

muka-muka surat

tadi malam aku dengan payung belang-belang pelangi masuk ke barber regular aku, nak cukur misai, dah naik lemaih dengan misai Tom Selek tak jadi ni, mencucuk hidung, aku juga minta dia trim janggut terus bukan apa sesekali nak bermanja dengan mamak, boleh dia antar duit lebih sikit kat bini dia di Chennai sana, di iringi laguan dari S.P. Balasubramaniam aku hanyut dengan pisau cukur yang bagai mengurut muka, siap tertidur dan...

aku perlu tidur awal hari ni sebab semalam dah lepak dan berborak di kedai abang Jay dengan Zira si tokan buku dari time buka puasa sampai jam 2 pagi, tujuh jam bercerita, kalau bina tapak rumah haram dah boleh ikat batu-bata buat dinding, tapi time tu juga lah hujan turun macam shower tap kat Hotel Mandarin Oriental laju dan bercurtain...

yeah Zira, gadis manis kawan baru aku yang amat menarik dan mempersonakan perwatakan nya, dia buat aku terjumpa/terjawab banyak daerah persoalan yang tak pernah aku pikir kan, a good seven hours of words and laughs, it's nice knowin' you gadis :)



buku-buku baru aku semua dari Serpents Tail...enakkk




nampak gayanya aku tidur juga jam 2.10am...harammmm

Wednesday, August 26, 2009

lari jarak dekat

this cant be true, tapi aku kena hadapi jugak, kata kawan aku rahim, aku kena makan lotsa carrots, dekat berpuluh tahun aku hidup tak pernah pakai cermin mata, lagipun time pengakap dulu pun aku rajin buat jugak eye exercise ala-la BP, mungkin ini faktor usia, haihhhh leceh ni, dalam jarak 7 inci aku dah tak bleh baca, sudah kena rabun dekat, baru sekarang aku faham perasaan perabun-perabun semua tu,

arwah onyang aku pesan baca sepotong ayat quran sehari sekurang-kurangnya boleh bikin mata clear dan seingat aku dia memang tak rabun sampai nafas terakhir dia (98 tahun), tapi aku curik-curik baca hikayat Inderaputera dari seumur 4 kaki setengah (memang mak aku larang baca buku-buku cam tu, dia takut aku sesat, aku tak sesat tapi hanyut) dan curik-curik ponteng mengaji,

so sekarang kena makan carrot lebih, tunggu dalam seminggu dua, kalau tak boleh jugak kenalah aku ke kedai carik frame Victor and Rolf hehe

(harap-harap Najib bagi bonus untuk raya nih )



ini lah imej yang di lihat oleh penulis dalam
jarak 7 inci dari mata beliau


pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...