Skip to main content

empathy dalam peti

kasihan memang kasihan hati sapa tak sedih tengok penderitaan orang lain...aku ulangi orang lain,

macam-macam trajedi terjadi dalam minggu ni, kasihan

tapi kekadang aku kejam kerana punca penderitaan orang lain adalah keindahan bagi hidup ku (aku ulangi "punca" bukan penderitaan tersebut)

dua hari lepas siapa sangka nak hujan lebat di pagi hari time nak pergi kerja (dalam 7.30 ke 8.15am) semua orang di station LRT dan persekitaran nya sangkut dengan muka amat masam mencuka, aku sorang jer tersenyum pada mereka dan layan hujan (ada sikit buat suffle hasil dari bunyi di iPod) ape lah diaorang susah hati tunggulah hujan berenti atau pun lain kali bawa payung, mari kita raikan kehidupan,




kalau korang baca entry ni pun memang aku marah (tapi pada towkeh LRT) namun ada unsur-unsur keindah pada kejadian tersebut tu pasal boleh snap-shot sana sini :)

kalau KL banjir pun mungkin aku gembira...errr (cakap dalam hati jer ni nanti orang marah)

Comments

Eskapisminda said…
"raikanlah kehidupan....dengan cara sendiri....yang penting senang hati..."

lirik lagu x popular bertajuk 'Anugerah' tulisan saya.

Popular posts from this blog

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara yg meninggal diawal pagi raya.
Mak Lang yg berusia 83 tahun akhirnya meninggalkan kami, aku sesungguh menghormati manusia yg berjaya menjangkau umur yg tinggi, banyak pengalaman dan garis-garis sejarah bercalar di seluruh tubuh dan jiwa, tiada apa yg dapat membeli semua itu.
tidur lah Mak Lang dengan tenangnya bersama cerita yg dibawa bersama nya.
*skang ni berdoa tinggi agar Chu Yah aku tak menjual pinggan mangkok belanda tinggalan Tok Teh yg dibawa dari Indonesia

semusim (di neraka) selamanya

Pasti ramai yang kecewa akan tindakan beliau me"nyah"kan kewujudan blog "Semusim Di Neraka" yang menjadi ubat penenang buat jantan-jantan kesunyian dan pernah juga menjadi ambisi khayalan gadis-gadis yang melayari internet (laptop/powerbook) dari atas katil mereka

...namun bagi mikon itu merupakan tindakan yang amat menepati kehendaknya...

aku biarkan mereka tertanya-tanya apa yang terjadi pada "entiti" ini...biarlah rahsia seperti kata Datin Siti

mungkin selepas ini ramai yang akan turun ber"jogging" petang di padang Pandan Indah hanya untuk melihat kelibat mikon membuat "kawat kecik"...mengubat rindu

emmm...dan kata umbi bagi situasi ini perlulah disebut sebagai...amat punk rawk...hehehe


cheers bro...have fun


mungkin ianya kan kembali...siapa tahu?


ps: aku pasti akan merindui watak-watak peng"komen" spt Penajih, Papan Chatek Di Pandan Indah, YDP Tiroi dll

oh kuala lumpur...part III

Kali pertama aku melihat Brickfield adalah pada penghujung tahun 1992, jam 7 petang aku dan driver tempat aku berkerja bang Said (bukan nama sebenar) mahu minun kopi setelah menghantar sebeban surat yang urgent serata KL, dah macam-macam cerita aku dengar pasal tempat ni, ngeri pun ada, tiba-tiba bang Said menjerit kecil "hah, tu la Nora ayam regular aku , jom pi kena seround aku belanja, mama-san tu tu kawan aku, ko pilih mana ko suka" aku yang ketika itu berumur 20 tahun 5 bulan jadi kecut perut, darah tinggal secawan, "mana boleh bang kita kena balik opis ni" aku mengelak, "mangkok lah ko ni, jom!" dia paksa lagi, akhirnya aku berjaya mengelak, aku cakap baik-baik dengan dia, penyudahnya aku kena tunggu dia kat gerai mamak ujung simpang jalan Thambipillay, sepanjang setengah jam sementara aku tunggu dia seribu satu persoalan menerjah ke otak ku, kalau aku try apa salah nya, kalau kantoi kena serbu dah tentu aku lari ke Indo jadi jaga hotel.

Brickfield …