Saturday, December 19, 2009

duduk antara dua zazen...

Ketika rakyat Malaysia sedang hangat meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia di Laos, aku sedang bergegas meredah hujan ke arah auditorium DBKL untuk menyaksikan persembahan kebudayaan Min'yo dari negeri matahari terbit, dengan keadaan semi-basah aku tunggu teman-teman lain sampai di lobi, ada pak cik duduk dan bercakap sensorang, aku terus tuduh dia orang seni, sedang mengelamun ternampak aku kelibat saudara Fatullah Lukman teman lama, kami duduk sebentar di sofa empuk DBKL bertanya khabar.

Terima kasih buat saudara Ise dari Parkingproject yang mengadakan pass untuk kami, tepat jam 8.30 persembahan bermula, dengan introduksi pada dua orang penyanyi yang sangat hebat suara mereka, khabar nya mereka berlatih di tepi air terjun untuk mendapatkan suara yang kuat, mungkin aku boleh ke Kuala Woh atau Bukit Berapit, sebelum buat persembahan.

Di setiap pengenalan lagu oleh dua penyanyi ini di translate oleh seorang juru bahasa dari Jepun ke bahasa ingeris yang ada masanya aku pun tak faham apa yang di perkatakan oleh beliau.


lontaran suara secara gimrama, sungguh hebat


ish la comey sungguh Cik Hitomi ni

Benarlah seperti yang diperkatakan bahawa Min'yo ini merupakan seni yang agak asing bagi bukan warga Jepun, kerana musik dan teknik nyanyian nya amat berbeza dari yang pernah kita dengar dan saksikan, sesekali ada sedikit elemen Sunda dan Bali tetiba melintas, tak kurang juga lenggokan ala-ala qawalli dari Pakistan bila penyanyi dah naik "syeh", mereka mampu menukar vocal register bagai menyelak buku dan punya vocal resonance yang menggetarkan seluruh badan, kagum sungguh aku.

Part yang buat aku naik bulu roma bila permainan solo Syakuhaci (serunai buluh) yang amat menyentuh perasaan dan di tambah lagi keasyikan nya bila dia meniup empat bar lagu Kojo No Tsuki (mat rock 80an mesti tau lagu ni, ada dalam album live Scorpions: Tokyo Tapes), komen teman ku "uish, Mohar kena tinggai sepuluh tiang kalau macam ni".

Lagu-lagu dalam Min'yo ini cenderung ke arah penceritaan pada empat musim di Jepun, berkisar akan kehidupan orang-orang kampung, cerita tentang anak-anak berlari di tepi sawah hingga lah kedinginan di musim salji, aku akui akan kebenaran satu artikel yang lagu-lagu ini boleh membawa mereka terkenangkan kampung halaman kerana ada auntie berbangsa Jepun di baris hadapan mengalir air mata tak kala sang penyanyi mendendang kan lagu musim luruh.



bercerita akan musim luruh

disiplin yang hebat

Tapak paling penting untuk persembahan ini adalah disiplin para pemain musiknya yang berada di tahap tinggi yang mana mereka boleh diam dalam posisi zazen sewaktu permainan mereka tidak di perlukan, kalau aku mampuih dah cramp kaki, mamat Sawada yang main Shamisen (ala-ala kecapi) tunjuk handal dengan solo, shred, licks dan scales menggunakan pick sebesar senduk nasik, kalau Sham Kamikaze tengok sure rasa nak balajaq balik main gitar kapok,

persembahan mereka di akhiri dengan lagu-lagu musim panas yakni musim menuai, dengan jeritan "yo so so yoi" bergema di auditorium DBKL,



Miss Tanaka dengan gaya rock star lupa lirik

dan aku masih tergamam dengan persembahan bangsa yang penuh tertib dan lembut, yang juga pernah bagi penampar kat onyang aku...


----------------------------------------------------------------------------



geram sungguh aku, tanpa aku sedar si Ise
dah berjaya amik gambar dengan Cik Hitomi





semua gambar di ambil menggunakan camera Canon G10 dan hakcipta terpelihara



3 comments:

the artist and i said...

kalau Malaysia ada empat musim, koleksi baju aku mesti banyak, walaupun tak sebanyak koleksi mayaq karim.

:)

MagnusCaleb said...

empat musim? jenoh la mak su dan pak su pakai coat bulu memerang gi pi menyemai padi

iseparkingproject said...

kena cepat dan pantas dan 'tangan yg hidup'hahahah

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...