Monday, April 12, 2010

suam jejari...

seram-seram, sejuk jelum dengan air asam
ramas atas kepala mulut tiada henti ucap kata
bantal basah panas demam air sejuk jadi suam
tangan jelum jari ramas mata pejam harap tenteram

reda demam, reda panas tubuh baring pening
tanya ibu apa kopi panas lagi? aku mahu rasa
mata pejam alih rasa mahu bangun dari baring
ibu bilang diam, demam belum reda suhu tiada beda

ibu sudah tiada, asam jawa simpan dalam kaca
mangkuk jelum tidur telungkup di atas para
kalau rasa lara, ada demam datang menjelma
baring saja pejam mata tiada lagi jelum asam jawa...

4 comments:

HairiAks said...

Hi.. suka membaca entry ni & yang lain2... salam perkenalan... jangan lupa Follow blog hairi k..

Apa Kau Nak said...

Get well soon!

~~DucKneSs~~ said...

get well soon,bro :)




dalam demam2 pon sempat lagi wat gurindam..cayalah

MagnusCaleb said...

saya tak demam terima kasih, cuma rindu pada ibu saya sahaja :)

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...