Monday, November 02, 2009

selak muka surat belakang II

1978-82, seingat aku kalau mak aku ke kedai "set rambut" kat pekan parit buntar, aku pasti suka sebab kat depan kedai tu ada jual banyak toys, mungkin auntie lee sewakan porch kedai tu pada uncle "tokey menan" (nampak gaya macam ada affair jer diaorang berdua tu), biasa nya mak aku awal-awal dah pesan jangan mintak yang mahal-mahal atau pun time nyonya lee set rambut dia jangan main jauh-jauh dan aku sebenarnya suka bercampur benci sebab tak tahan bau dalam saloon tu, even sampai sekarang mana-mana saloon pun, tapi mainan punya pasal aku rela,

so adalah dua tiga sessi aku mintak mainan yang mak aku tak perkenan antara nya dua kamera plastik, satu warna biru dan satu warna hitam, mak aku bising dia kata "bukan nya kamu pandey pakey bende alah ni...hish" tapi aku renjaih nak jugak, so dia beli (dua kali aku buat perangai hehehe) sebab harga nya cuma rm5 saja satu,

memang aku tak tahu apa pun, umur baru darjah satu mungkin dua, penyudahnya aku bosan dan dua-dua aku tendang bawah katil, ada satu hari time tengah mengemas mak aku tanya nak lagi tak dua-dua kamera ni, aku buat tak reti jer sambil layan blocker corp machine blaster, mak aku pun bungkuih buang kamera berdebu tu sambil membebel "aku habo dah ari tu, bukan kamu pandey main bende ni"

la ni aku menyesal dan geram sebab aku teringat balik akan kamera tu rupanya model Diana dan Holga yang kini harganya nak cecah rm400, kalau lah arwah mak aku tahu yang aku beli sekali lagi dua-dua kamera ni dengan harga yang melambung ni, mampuih kena tarik telinga dan menerima leteran yang mungkin eternal.


re-issued Holga and Diana





kedai set rambut = saloon rambut
tokey menan = taukeh mainan
renjaih = tah aku pun tak tau apa makna ni dalam bahasa kebangsaan?
bungkuih = bungkus

Wednesday, October 28, 2009

selak muka surat belakang I

8.00am, sabtu, 1986, aku membebel sambil kayuh basikal ke pekan parit buntar, pagi-pagi lagi opah aku dah suruh ke merkit beli sayur dan barang dapur, tak la jauh mana pun dalam 10 minit boleh sampai, tapi ni pagi sabtu, cuti sekolah aku impikan bangun lambat hishhh,

sampai aku kunci basikal, orang dah ramai penuh pelbagai bangsa, ada bau apom lenggang ada bau nasi lemak dan ada nyonya jual coq bongoi (dia ada amoi cantek) yang banyak terjual di pinggir kaki lima merkit termasuk lah ada satu pakcik gemuk tak pakai baju jual minyak urut,

aku masuk ke merkit yang becak dan berbau hanyir ikan, cukup aku tak suka, tetiba oh baru aku teringat opah hanya minta aku beli rempah giling dari seorang amma di hujung merkit tersebut, aku pun terus ke bahagian barang-barang kering, dari jauh aku dah nampak amma tua siap bersari sedang duk proses "rempah-cabai" pakai batu giling, baunya cukup menusuk kalbu, bau herba dan rempah ratus dalam pelbagai jenis dan warna, aku pun order, "amma rempah kari ikan satu" dia pun campur satu dua bahan serta air lalu di giling, "grudd grudd" (bunyi batu giling) dan "selepekk!" rempah basah di bungkus pakai daun pisang dan di ikat pakai tali jerami, klassik!

sekarang aku amat rindu akan bau itu, aku kenangkan kenapa gulai kari ikan jenahak opah aku paling sedap, (walau pun aku dah tak makan ikan skang ni) sebab dia pakai "rempah gilin", mana nak cari peniaga macam amma tu zaman sekarang, kari basah gilin, fresh dan made to order...haiii *sigh*






merkit lama parit buntar merupakan satu bangun lama yang basah, melekit dan dah berusia lebih 30 tahun ketika itu, sekarang dah roboh dan market parit buntar telah pun di pindahkan ke pusat bandar...sayang time tu aku belum tau pasal kamera

merkit = pasar
coq bongoi= kuih cakui
gilin = giling
amma= panggilan mesra pada wanita india

Tuesday, October 27, 2009

unsinful dosa

7.40pm, mau balik rumah dari opis, aku dan dzaza singgah setulang di Kader, leboh ampang makan sepinggan dua wadey dan tosey (dosa) + vegetarian chicken masala and chutney, di sulam dengan taufu fah

duduk di kuala lumpur amatlah bagus kalau makanan staple anda di tukar kepada kepelbagaian bangsa, baru satu malaysia :)




muka manusia lapar


vegetarian chicken masala, terbaek


makan tanpa pandang kiri kanan


habis dalam masa 5 minit


menutup perut kenyang dengan beg yang berusia 20 tahun

Monday, October 26, 2009

earthy but not runny

7.55am

kuala lumpur perlukan sarapan pagi yang mengkagumkan, perlu kopi yang mampu menerajang semangat pagi ke merentas langit sedar, pagi ini aku ke italy (dalam angan) dan membancuh secawan kopi latte yang 90% sempurna,

susu panas and a very tick sumatran's extra bold pressed coffee + wholemeal bread with smoked mushroom sticks and egg-less mayonnaise, perlu di ingat kan cafe latte hanya untuk di minum sebelum 11 pagi, kata nenek ku di lazio, italy...yeah


dayabumi 7.55am

Saturday, October 24, 2009

puisi waktu membuka mata di pagi cuti...

cerah cari teduh gelap harap bersuluh, terik menggapai langit, harap hati tak sakit, lontar membaling hajat, tinggi tangan tak sampai, mimpi terus menggapai, angan  harus di lakar,

lompat risaukan jatuh, terbang aku tak mungkin, layar hati melabuh sesauh, merenung pantai sepelaung jauh, 

kata luncur jatuh ikut kalam, sayang tinta ku jernih tanpa warna, lalu nyanyi moga dapat peluk ku berasa, susun doa agar tangan ku gengam berisi...

Rawang, 3.30pm, 17/10/09






words and photo by magnuscaleb

Tuesday, October 20, 2009

aku dan pesta teman

ada majlis tempoh malam, teman ku Ise di beri tugasan melemparkan tanda dagangan sebuah minuman keras menjadi satu hasil seni, aku ke sana sebagai teman pembawa ketawa dan ceria juga penyokong, tuan penaja jangan masam muka, aku hanya minum coca-cola bersama lemon sahaja malam itu :)


aku, darryl dan ise (ahli seni)

filled tummy yummy

sunday, 18/10/2009, 8am

takin' an indian breakfast at Kader, Leboh Ampang, before hittin' me office for a sunday work clearance


masala dosa (+ chutney) with curry soy meat and teh tarik (chai)

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...