Wednesday, February 24, 2010

ketika rindu bergebu-gebu...

rasa lara, ada sesuatu yang bergelodak didalam dada mahu luah kan segalanya biar tempias di mata dan telinga yang lain?

dua puluh tujuh hari bulan dua ini ayuh ke pertemuan ini Efek Rumah Kaca di One Cafe, lemparkan sensara dan rasa duka ke lantai...yeah

ps: juga ada pertemuan Diskutik bersama mereka di Annexe Central Market sehari sebelumnya

Tuesday, February 23, 2010

kanta cembung pada kaca lut cahaya...

aku sepanjang hayat tak pernah kabur penglihatan kecuali ketika situasi dibawah sedar waktu dulu-dulu (itu lain cerita), aku tak pernah faham apa makna kabur penglihatan "pebende yang blurrr tu?"

dua tiga bulan lepas aku tetiba merasakan itu huruf ada goyang-goyang, aku lemas bila kena undurkan buku jika nak baca, sebagai pembaca tegar aku jadi resah (oh puitis) aku jalan 230 tapak ke kotaraya kemudian di tanya "encik berapa umur sekarang" aku jawab dia angguk dan berkata mari cuba ini mesin lepas tu aku di suruh pakai pengukur ala-ala filem Tim Burton, setengah jam lepas tu aku bayar 50 persent wang cagaran itu...

itu cerita minggu lepas tadi lepas pulang dari kotaraya aku sudah ada cermin mata yamg membuatkan aku tersenyum tika membaca,

tak sangka aku sudah rabun dekat chissss

at least ada sikit dramatik waktu nak buka cermin mata time nak berbicara dengan orang

:)

Thursday, February 18, 2010

satu cerita kecil di kuala lumpur (versi cuti raya cina)

selasa aku bosan dengan cuti, baru bangun dari tidur petang aku berjalan kaki ke gerai mamak bawah pohon bodhi untuk pekena teh dan samosa, aku melalui tepi padang bola mini untuk khas anak-anak dahlia apartment bermain, ada beberapa kanak-kanak seumur darjah 4 atau 5 bermain bola, tiga berketurunan india dan empat berketurunan cina, mereka menjerit dan berkomunikasi dalam bahasa melayu dengan fasih di sertai dengan sedikit mencarut kasar juga dalam bahasa melayu, maklumlah bermain bola,


aku terpikir akan mereka, berbicara dalam bahasa melayu bukan kerana agenda 1Malaysia atau nasionalisma tapi kerana satu keperluan untuk hidup kerana untuk hidup perlu ada komunikasi, mungkin bila mereka sudah dewasa bahasa inggeris akan jadi pilih utama, nyata bahasa mampu menyatukan sesama manusia, bak kata Ramlee selepas kena sound dengan Singh dalam Seniman Bujang Lapok "bahasa mencerminkan bangsa kau tahu"


...cuma agenda ugama yang sering mengagalkan penyatuan ini, emmm

Wednesday, February 10, 2010

menitip bebola kemangi...

D700, 17-35mm, beri hitam, kasut tabib dan tukang gosok baju aku, semua nya tak akan dapat melawan perasaan ku pada mamat ni pada saat berjumpa dengan beliau, dia salah satu punca utama yang mengubah aliran hidup ku, sampai sekarang aku macam tak percaya dapat peluk dan salam dengan dia, setelah 18 tahun menahan rasa ingin berjumpa...time to tighten up my tulasi beads and chants the maha mantra,

haribol people haribol

Porcell aka Parmananda Das

geng lompat

Porcell and "Bringing It Down" singin' covers of Judge

Haridas Rabindra, Parmananda Das and Encik Amat ASAS

kesemua gambar adalah hak milik Magnuscaleb Photograpy kecuali gambar yang terakhir ihsan dari Encik Fakap

Thursday, February 04, 2010

celah tanah...part II

satu cerita peribadi akan titik permulaan

hameed restoren beranda atas, 1992: "hang boleh tolong aku ka?, jadi body guard, aku ada gig lagi dua minggu" tanya Fathul kat aku sambil minum milo ais, terkedu aku dengar, mentang-mentang aku berukur-lilit pinggang 45inci, dia nak suruh aku jadi bonser, tapi atas dasar setia kawan aku kata ok, jenuh aku praktis kembang dada dan buat muka brader Abby Yus depan cermin, mana pernah aku jadi bonser, gi disko pun setahun sekali time tu, "hang jangan lupa, ari ahad ni kat Machine One (skang ni the Warp), pakai ganaih skit" pesan Fathul lagi (time tu Naem dah print kan aku baju Samael: worship him)


tiba ari ahad aku turun CM dulu jumpak bebudak, gig start dalam kul 4pm, aku jumpa satu mamat ni nama Olie, aku tanya "hang pi tak sat lagi gig tu" dia jawab dengan kering "tengoklah kalau ada masa", time gig baru aku tau dia main drum untuk Silent Death yang headline the show dengan Infectious Maggots, chiss malu beb,


tiba di Machine One Fathul suruh aku jumpa Ajak Bulu tanya apa nak buat, baru aku tau aku kena jaga pintu tengok tiket dalam erti kata lain "i'm the freaking door bitch" aku buat muka garang, semua orang tanya "budak gemuk mana tu susah la nak masuk free cam ni" kat situ aku kenal ramai saudara-saudara baru ku, berjenis-jenis perangai dan ragam (tapi semua ni tak lama selepas dua-tiga gig depa dah tak bagi aku jaga depan dah, sebab dah kenal ramai orang semua nak masuk free, rupanya brader gemok nampak garang tu joker-joker orang nya gittew)


kalau tak silap aku band yang main ari tu Silent Death, Infectious Maggots, Sil-Kahnnaz dan Nemesis (Aru bikin comeback, kepala botak ada lukis tengkorak dengan maker) dan dua tiga band aku dah tak ingat, aku paling terpersona tengok Joe Slaugther (Sil-Khannaz) dengan gitar BCRich warlord dia dan sampai sekarang aku rasa dia gitaris metal yang punya aura metal yang hebat dan sapa yang pernah tengok Maggots time tu pasti dapat rasakan betapa intense dan hebat nya mereka time tu and till now kalau aku kenangkan kan show diorang waktu tu boleh naik goose-bum, Nemesis cover Slayer macam lagu tu depa punya, pergh...pecah kepala,


Pulun, tu ayat yang paling sesuai aku bagi kat band-band tu, besungguh depa kampui main dan bersungguh juga bebudak head-bang, sejuk dingin (hasil dari kipasan rambut head bangers) cuaca depan stage yang tingginya setengah kaki tu, hang pa pernah tengok rambut band boy dan bebudak depan stage tersimpul sekali bila lagu dah abis? hehehe, yang pasti esoknya semua sakit tengkok, kira pakage gig la nih

gelap dan kelam permandangan nya, mana taknya semua baju hitam, loud and blaring, sound rabak, ketiak berkecak, hati masih muda, oh betapa aku rindu saat-saat tersebut, time tu masing-masing dah ada ideologi musik yang dah mula melekat di hati tapi tiada siapa yang kisah akan percampuran di gigs kalau Najib join the scene time tu tentu dia dah bikin "1Underground"


paling best gig zaman tu ada "jam session" bila semua band dah abis main kita jemput kawan-kawan naik bikin kecoh itu stage, pecah perut, guling-guling tengok show impromtu, masa berlebih-lebih pulak, pelik juga aku tengok skang ada band tak sempat main coz tak cukup time, organizer sekarang perlu amik kursus "time management" nih, cuak tengok muka tawkeh club bila lampu dah buka semua, tempat tu dah macam baru kena langgar taufan Katerina, muka organiser pun boleh tahan mencuka kena tolak duit damage hehe


bila show dah abis semua mula cemas, jam dah 11.30 mlm bas banyak tempat dah abis tak dak masa nak lepak lagi, LRT tak wujud lagi time tu, cara terbaik adalah jalan kaki balik ke Brickfield rumah 121C dan aku kena cargas balik naik teksi ke Selayang (esoknya kena kerja), upah yang Ajak bagi jaga pintu (rm20) lebur bayar duit cab tapi tak pa, I enjois....


nanti aku sambung lagi...

Wednesday, February 03, 2010

celah tanah...part I

pertama kali aku dapat fanzine Aedes pada 1989 di kampung aku, Mat Afis bagi aku, time tu fanzine tu dah kena copy bebelas kali, dah fade, jenuh nak mengeja tulisan Joe Kidd, aku tak faham sangat pebenda musik underground nih, kalau Poison atau Skid Row aku tau lah, maka berempas pulaslah Mat Afis terang kat aku dengan mulut penuh, makan burger ucop dan tengok di VHS gig band Tankard, kagum aku dengan cara mereka bergerak yang amat berbeza dengan scence rock dan heavy metal, time tu aku dah agak terrer pasal rock 80an tanya saja apa info pasal rock semua aku boleh jawab (thanks to Kerrang, hits parade dan awek bernama dokken)

1992 aku di perkenal kan pada Fathul oleh Mat Selangor, dalam pertemuan tersebut mereka bercerita tentang music indie (term ini amat baru ketika itu) dan mati-mati aku ingat lagu hindi dan bermula dari situlah aku kenal betul-betul mendalam akan pergerakan musik bawah tanah ini, hari-hari aku akan singgah ke CM (Hameed Restaurant) dari tempat kerja sebelum pulang ke rumah, aku kenal ramai kawan-kawan baru di sana, Oz of Kakakara, Joe Kidd, Fendi (budak kg aku nih) the kembar brothers, Stone, Pink and Olie of Silent Death, budak-budak Sil-Khannaz yang rambut cantek-cantek ketika itu, Ojie and the acidic boys, cik Weng yang baru pulang dari state, terlalu ramai untuk di tulis, kami bagai satu keluarga yang duduk di ruang tamu yang bernama Hameed, hingga kan pekerja restouren hanya akan amik order jika di panggil sahaja, kami dah buat macam rumah sendiri, almost everyday dari jam 5.30pm hingga 9.40pm (pas tu sambung kat kedai nasik ayam abang brahim di lorong katak sampai jam 11pm)

cara kami berpakaian dan berfikir amat berbeza dangan anak-anak muda pada zaman tersebut, sumber maklumat penting dari zine-zine yang dah berkali kena copy, belum ada sms atau intrernet paling canggih pun telefax tak pun alat kelui (pager) pernah satu kali tetiba kecoh di Hameed semua berkumpul pada satu meja, oh ada zine dari luar negara baru tiba rupanya, naik hancur dalam masa satu hari,

muzik adalah teras dalam segala hal, di setiap meja pasti ada topik keras akan pendirian dalam mengatur pemahaman dan etika musik, ia nya bukan sahaja melibat kan laguan atau melodi tapi pegangan kita tentang kehidupan, apa ideologi yang kamu nak bawak, apa suara kamu di antara manusia-manusia di sekeliling, it's not just about pogo or having fun or being a piss drunk...itu yang membuatkan all the elders in the society takut, gentar akan perubahan yang di bawa, bagai ombak yang bakal meruntuhkan segala binaan pasir yang mereka sanjungi selama ini...chewaaah

ahhh, nanti bila-bila aku sambung...

Monday, February 01, 2010

all those small things...

cerita-cerita kecil di kuala Lumpur

1.

aku baru pulang dari Low Yat plaza menyusuri jalan pintas di belakang Melia hotel sebelum aku panjat eskelator ke mono rail aku singkah ke kaunter star experess (mahu ke s'pore) amoi penjaga kaunter beri aku dua keping flyers jadual bas (photostate),

aku sambung berjalan ke arah monorail, ada satu bangla dengan muka manis menghimpit aku dan bertanya "boss ada kena ka?" aku terkejut (sebenarnya aku paham maksud dia) dan balas "ini time-table mau pergi s'pore, memang ada kena la, kena bayar ini tiket bus", dia senyum dan berlalu menahan malu

betul kata kawan aku si Juba "all punters are brothers"

2.

semalam sambil layan astro ceria, she was making a coffee and asked me "bikin apa tadi awal-awal pagi, apa yang something tu?, what a waste of a big breakfast, you ni" ujarnya lagi

"oh that something is actually doing nothing, I was busy doing nothing" jawab ku sambil tersenyum dengan kata-kata yang aku rasa kan cool di petik dari Mr. Yasir Hamoudi

...dan pagi ni aku datang kerja dengan baju yang aku sangka dia dah seterika, chiss

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...