Wednesday, March 03, 2010

kekotak besi yang ada nyawa...

ini kuala lumpur yang suhu nya 24-38 darjah, yang memang ternyata bukan eropah malah struktur jalan rayanya pun jauh berbeza mentelah lagi sistem pengangkutan nya amat berlainan dari negara kita malaysia

tapi orang selalu bertanya kenapa aku tak beli kereta dan tak bawa kereta,

aku sebenarnya tak ada dan tak pandai bawak kereta, sebab aku tak suka benda laju dan yang tak simetrical (aku kira kereta F1 lojik simetrical) aku percaya pada pengangkutan awam (bas dan lrt) teksi bukan pilihan utama kerana iya nya kereta (iron coffin kata teman-teman dari new york) kalau aku menumpang kereta hanya beberapa orang sahaja yang aku selesa kerana mereka memandu dengan pace yang aku rasa tenang (fahmi, arip dan puan zakk bini cik rahim)

dari seusia remaja aku tak pekenan bawak kereta walau pun di paksa oleh bapak aku, aku lebih suka lepak tepi sawah main gitar...eerr tak itu aku reka, aku lebih suka naik basikal atau moto kapcai bapak aku (yamaha autolube75) yang dia selalu bawak ke surau, tapi aku bawak untuk lepak studio jamming tak pun main snooker,

ternyata ketidaksukaan aku pada kereta makin menjadi bila aku tinggal di kuala lumpur, ramai di kota ini pandu kereta macam bini depa dah nak beranak dan kereta di anggap lambang kemewahan, pengukur status mungkin, namun untuk menentang idea berkenaan aku perlu tempuhi kelemahan sistem pengangkutan awam di malaysia,

aku sudah biasa dengan bas dan lrt jadi kalau ada temu janji jam 5 petang pukul 3.30 pm aku dah keluar, sampai pasti bertepatan (kerana perlu akur dengan jadual pergerakan kenderaan) bukan 4.45pm baru berlari ke parking (kerana percaya dengan kereta boleh sampai dengan tepat)

setelah bertahun diam di kota ini aku sudah tahu selok belok mencuri masa untuk sampai ke suatu tempat dengan cepat walaupun di cengkam kesesakan jalan raya...chewahh, ini skill tak boleh di beli kena lalui secara jangka panjang atau pun aku mengambil keputusan untuk tidak ke situ abis cerita,

hanya satu kenderaan yang paling aku suka adalah basikal, beskat, gerek dan beberapa nama saintifik yang lain, aku dah mengayuh secara religously lebih 5 tahun, aku bikin kayuhan dari rumah ke pejabat hari-hari untuk jimat wang, bukan sebab trend, basikal bukan pakaian tapi nesessity macam kenderaan yang lain, macam pak usup sebelah rumah aku di kampung dia buat basikal releigh klassik (yang kini harganya beribu mengikut penggemar basikal antik) buat angkat guni-guni padi namum pada sesapa yang nak bawak basikal secara bergaya silakan tiada salah akan perlakuan itu mungkin akan menambahkan lagi kesedaran masyarakat akan self propelled machine ini, sekarang aku berehat mengayuh (cuma mengayuh di kawasan persekitaran radius 30km sahaja) kerana cuaca dan kaki sebelah kanan ada sedikit problem (akibat mengayuh tidak mengikut aturan, waktu zaman jahiliah katakan)

aku mungkin beli kereta kalau pemandu malaysia sudah boleh beradap macam pemandu di canada atau mungkin jika aku perlu mengadakan kenderaan kalau aku sudah punya sang isteri yang mahu bersalin *sigh*

walau apapun aku tetap tak suka benda laju dan berbunyi kuat kecuali lagu thrash,

rasa nak letak minyak rantai basikal malam ni :)

4 comments:

Yatt said...

Incik Bob,
Keta itu amat amat diperlukan, terutama jika kita sudah berkeluarga. Takkan nak dukung baby usung diapers, susu naik bas express bila balik raya ke parit buntar?

Seksa yop...heheh...

Ambiklah lesen cepat dan aku yakin hang mmg mampu sgt2 utk beli keta sebijik...heheh

~~DucKneSs~~ said...

ada knuri kt kajang hjg mgu nih..
tp amat cuak sbb kna p sorang..
mampuih la..aku bukan reti pon selok belok kl nih..haish

~amat xsuka turun kl,apatah lagi kalo sorang..help me!!!

Otak Delusi Pelita said...

Bia saya jd driver anda.

pandan indah juga said...

yamaha autolube75 - bapak aku dulu pun pakai kapcai ni.

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...