Thursday, October 15, 2009

tak bleh lari

dalam tak setuju nak raya, aku terpaksa gak beraya di opis hisss




beraya dengan Megrit gadis Iban+Kadazan+Cina

Monday, October 12, 2009

ikatan kaseh

tahniah buat kedua-dua shabat ku Azmir the Azumiru dan Erna the Elsa, yang telah mengikat tali pertunangan semalam di pandan indah dan kawan-kawan datang makan dengan enaknya...yeah




erna sedang menerangkan akan masakan
sambal tempe pada azmir, semalam
, tapi sebenarnya nak
tunjuk cincin tunang tu kat I

from moscow for the mass

ini betul-betul tak sengaja, bukan apa sebagai manusia kita perlu berbaik hati, jadi aku mengambil nya di bawah jagaan ku dari terbiar begitu sahaja, harap cik puan-cik puan yang lain boleh terima kehadiran gadis manja ini eh, wellkome to our humble home miss zenit from russia yeah


Zenit (Zenith) 12 xps for 35mm

Friday, October 09, 2009

perut kenyang senang hati

menjadi seorang yang herbivore di kota melayu ni boleh tahan susah juga so sesekali aku nak share info kedai vegetarian yang menjadi tempat aku melampiaskan nafsu makan ku ini di kota besar:

kedai pilihan no satu, Kader Restauran, leboh ampang, banana leaf vegetarian friendly shop, tempat feveret aku lepak makan dinner sebelum balik rumah naik LRT dan termenung sambil hirup teh tarik gelas kecik yang amat enak, harga berpatutan cuma kalau makan nasik parboil dengan soy mutton boleh kena sampai rm8, fuh, sebab dia ada food yang non-vege so senang aku nak ajak kengkawan yang "maging" lepak sekali huhu,

sepanjang leboh ampang ni ada banyak kedai yang total vegetarian pilih saja lah, kalau nak yang up sikit pergi je Sangheeta, kedai kira makan ala-ala raj di Jaipur gamak nya,

ada satu gerai kecik belakang Kota Raya, very simple and basic stall, total vegetarian (for buddhist), food dia ok-ok saja, tak pedas tapi amat murah nak makan kat situ susah sket coz ada satu table saja, biasa aku beli bungkus, kalau duduk pun nanti kena dengar uncle-uncle tu ceramah hehehe

satu lagi restoren total vegetarian, 31st. Street Food Cafe, betul-betul depan sebelah tepi kiri menara hong leong jalan tan cheng lock (jalan nak ke china town) kedai kecik dengan 4 meja yang juga kecik with very friendly shopkeeper, good food harga bagus, tapi portion kecik, banyaknya kecik kedai ni, "buddha kata tak bleh makan banyak-banyak" ujar pekedai tersebut yang nampak nya cukup ber iman, tapi ada banyak tourist vegan yang comel-comel lepak kat situ :)

sesekali aku ke Man Fatt Yuen kat jalan panggong (belakang Uda Ocean, bas stand klang) boleh makan besar sket ada banyak makanan enak-enak, tomyam nya menangkap dan lotus rice nya terbaik, walau pun aunty kat situ susah nak senyum, biasanya aku gi dengan kawan-kawan atau gadis(-gadis) penyeri hidup

ada lagi satu kedai di brickfield nama nya Gandhi's dulu kedai ni kecik saja kat parking lot tepi BSN, sekarang dah besar dan bertukar lokasi di lorong padang belia brickfield, sedap makanan nya dan selesa, femes dengan "Chicken Y2K" nya, erna bila nak pegi lagi nih?

kalau di pandan indah biasanya aku ke Sri Paandi yang punya apom lengang yang membawa ke syorga atau pun Berjaya Kedai Sayuran yang ada kueh bakcang yang enak,

tapi lebih afdal kalau masak di rumah senang dan save, sebab aku dah jumpa Kaoyi Vegetarian Food Mart kat jalan pudu, murah gila dan penuh dengan pelbagai barangan dapur, bawa bekal ke ofis dan makan dengan tenang tanpa was-was, aku tak suka sangat benda-benda "mock-meat" ni tapi sesekali nak juga gigit benda yang texture nya tak macam tumbuhan tanpa menyakit makhluk hidup yang lain,

lagi pun memasak merupakan salah satu ibadat :)

Thursday, October 08, 2009

ada tanda tiga titik di bahu kiri tenpei

semalam aku mimpi jumpa Husairi, member sekolah rendah, lama sangat aku tak jumpa dia, last sekali mungkin 26 tahun lepas, tapi semalam dia datang dengan baju sekolah rendah, seluar pendek biru dan stokin putih tinggi, dia terserempak aku time rehat di sebelah kantin sekolah, aku baru lepas makan laksa (sepinggan baru 30 sen time tu) dan ondaway nak main "Tui" (galah panjang), dia tanya "semalam hang pi mana, tak nampak pun main kat parit, kami main polis sentri sambey bekubang", aku cakap "aku pi ghumah pah, panjat pokok ceri",

dia pun tersengih dan berlalu, baru lima tapak dia panggil aku balik dan terus nyanyi tema anime Blocker Corp Machine Blaster dan sambung "...oko ku tempe...oko ku tempe" (lagu penutup anime tersebut)...rasa macam nak penampar jer anak cikgu sarip ni...ciss sampai sekarang aku tak hafal lirik lagu tu dan hang masih nak tunjuk terrer kat aku,


l to r Gensui Ishida, Billy Kenshiro, Jintaro Hayami and the great Tenpei Asuka

dulu sebelum ada Marco dan Captain Future yang ni lah menjadi pujaan kami di era 70'an, so sapa yang tak hapai lagu anime ni kira tak "in" lah...haishhhhh

dan kalau aku dapat action figure ni aku tak janji boleh tahan air mata dan menangis teresak-esak dalam toilet :)


Saturday, October 03, 2009

ulang tahun

komunis, hish benci betul bapak ngan mak aku pada mereka ni boleh kata semua lah orang benci, menyusahkan rakyat, tapi tok muhamad aku sorang jer yang join API (angkatan pemuda insaf), 

aku tak peduli sangat apa semua ni, tapi aku percaya masing-masing ada kepentingan untuk mencapai pemahaman mereka, ada yang kata PKM berjuang untuk memerdeka tanah melayu dari penjajah, macam-macam lah, bagi aku kalau perjuangn itu meyusahkan 70% penduduk atau rakyat tu dah kira tamak dan jahat namanya, tak belajar Zen ke dia orang ni?


komunis di malaya merupakan orang-orang tempatan yang mengangkat senjata memperjuangkan ideologi mereka, tah lah aku tak setuju ideologi tersebut (aku pun ada jugak), orang-orang dari tanah besar China tak ramai yang datang...


tapi kalau yang datang tolong PKM kat sini tu macam gambar-gambar di bawah ni, bukan saja  aku sanggup join tapi jadi tukang kebun kat berek tentera wanita mereka pun sumpah aku sanggup hehe



happy 60th anniversary of the founding of the People's Republic of China




adus menawan sungguh















all photos were taken from news.xinhuanet.com

Friday, October 02, 2009

empathy dalam peti

kasihan memang kasihan hati sapa tak sedih tengok penderitaan orang lain...aku ulangi orang lain,

macam-macam trajedi terjadi dalam minggu ni, kasihan

tapi kekadang aku kejam kerana punca penderitaan orang lain adalah keindahan bagi hidup ku (aku ulangi "punca" bukan penderitaan tersebut)

dua hari lepas siapa sangka nak hujan lebat di pagi hari time nak pergi kerja (dalam 7.30 ke 8.15am) semua orang di station LRT dan persekitaran nya sangkut dengan muka amat masam mencuka, aku sorang jer tersenyum pada mereka dan layan hujan (ada sikit buat suffle hasil dari bunyi di iPod) ape lah diaorang susah hati tunggulah hujan berenti atau pun lain kali bawa payung, mari kita raikan kehidupan,




kalau korang baca entry ni pun memang aku marah (tapi pada towkeh LRT) namun ada unsur-unsur keindah pada kejadian tersebut tu pasal boleh snap-shot sana sini :)

kalau KL banjir pun mungkin aku gembira...errr (cakap dalam hati jer ni nanti orang marah)

pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...