Monday, March 29, 2010

mencari medan magnetik di rumah usang...

ada cerita seru-seru tidak seram perlu pikir, tengok dengan telinga, rasa dengan bunyi,

jika anda ada waktu lapang dan hati tenang dan ingin merasai satu pengalaman unik menonton eksibis tanpa imej sila singgah ke Rumah No. 15 Jalan Mesui, Bukit Bintang (Belakang Hotel Istana bersebelahan No Black Tie)

blogger-blogger yang terlibat di dalam proses ini adalah:

Cik Pipi, Ms Weed, Fahmi Si Fakap, Rini, serta Encik Rahim Sadri (pengkritik seni bebas) dan beberapa kelompok artis, kurator, pensyarah seni serta kanak-kanak di bawah umur lapan tahun.

GHOST

A solo project by Roslisham Ismail aka Ise

16th-18th April 2010

15, Jalan Mesui, 50200 Kuala Lumpur

Opening Hours 6pm-Midnight

Known for his irreverence, wit and use of travel as a social connector Roslisham Ismail aka Ise presents his most recent and complex conceptual project to date. The artist reveals his never before seen mixed media drawing series as part of an ambitious project entitled Ghost at 15, Jalan Mesui, 50200 Kuala Lumpur. Produced during a period of insomnia, the creation of these highly personal works finally allowed him to sleep after 24 images were made. Using this visual meditation as a starting point for conceptual ideas Ise aims to provide an alternative experience of contemporary art by challenging our dependence on visual images.

For this project, 10 drawings have been specially chosen and were presented to individuals from and outside the art world in closed-door critique sessions. The discussions were then recorded and edited into a soundscape that will be presented to the public in an exhibition held in April 2010, at the address above.


Most importantly: NO DRAWINGS WILL BE ON DISPLAY.


Through the aid of these soundscapes, viewers are invited to use their imagination to picture the work that they hear being described in the critique, along with a special recorded conversation between the artist and curators, and ambient sounds layered into this unique cacophony of voices. Installed in a dark abandon house, with only spoken words to fill the haunting and empty space, the artist intends to engage his audience with the notion of invisibility, narratives, site specificity and the use of sound in contemporary visual practice.


By blinding his audience, Ise wants to examine how we truly look at art. The removal of the works all together highlights that physical emptiness combined with intellectual consideration can be just as exciting and thought provoking an experience in
contemporary art. With no image to distract us we are forced to consider ideas, and the spaces we view art in order to understand what images can mean and how we enjoy them.


Ghost is a highly collaborative project and is co-curated by Vincent Leong and Eva McGovern who are working with Bullet (from Carburetor Dung) and Bob (from The Pilgrims). Taking place over a long weekend the project will open with a DJ-set by Asung (Jakarta).

There will be a special closing event with a live performance by local post rock band Deep Set who will be musically responding to the drawings to create a spectacular finale to this intricate and ambitious project.

Wednesday, March 24, 2010

dungaree untuk keluarga...

ujung minggu aku ke Bundle Keluarga, Ampang dengan rakan-rakan, terjumpa Encik Hashim Semirin pemain bass kumpulan metal kematian ganas Sil-Khannaz, dengan tenang dia panggil aku sambil mengangkat sehelai seluar jeans dan berkata "ni sapa nak jawab nihhh"

aku nyaris berlari pusing satu blok :)

hashim kecewa, nak beli saiz kecik sangat




Tuesday, March 23, 2010

pulang balik paku seberkas...

Aku ke Ikea bersama teman-teman tempoh hari, macam kebanyakan orang lain yang melawat ke sana aku lebih teruja dengan benda-benda kecil di tingkat bawah yang biasanya nya kita sebut "eh murah nya ni, boleh lah amik dua" sedar-sedar di hujung kaunter tercetak bill yang bernilai RM150 untuk benda-benda cerenet nih,

setelah bayar aku penat dan nak cari tempat duduk, pusing-pusing cuma ada satu kerusi kosong di depan kaunter pemulangan barang rosak, di sebelah aku ada satu kakak dan makcik sedang menunggu giliran, tak sangka aku Ikea ada jual bayi dan kanak-kanak, mungkin pelanggan ini tak puas hati dengan kualiti kanak-kanak ini dan ingin menukarkan nya dengan yang lain....


baca1 baca2

ps: ada sebab-sebab keselamatan yang penting mengapa orang ramai dilarang meletakan bayi atau kanak-kanak di dalam shopping cart (ramai yang amik mudah perkara sebegini) atau mungkin diorang tak pernah dengar apa itu stroller

dan semua gambar di atas diambil dengan camera handphone aku.

Thursday, March 18, 2010

mencuri kala memendam rasa...

rasa amat nak melancong amik cuti, benam kaki kat pepasir pantai, baca buku pakai topi jerami dengan minum jus carrot ada payung kecik sangkut kat tepi gelas, aku suka pantai Bondi atau Marouba waktu musim luruh, pasir pantai sejuk air laut suam, orang pun tak ramai bak kata teman ku yang tinggal tetap di sana musim luruh di tepi pantai ada satu perasaan berbaur sedih kerana it's time to embrace the winter, the chillness, aku suka, sebab aku budak melayu yang pakai shorts makan ice-cream di tepi jalan time suhu 12 darjah selsius,


duit adalah sedikit, boleh lah takat nak ke down under atau tanah kiwi, kalau nak ke negara bekas penjajah atau negara tembok pecah kenalah cargas sikit, kasi tinggi sikit travel saving tu, yang aku tak puas hati adalah masa, tak bleh nak squeeze nak amik cuti lebih sikit amat susah, paling banyak opis aku boleh tolerate tiga hari, hisss mana cukup, nak gi trip jungle train kat pantai timur pun tak lepas,


aku rasa jalan terbaik adalah amik cuti time hari raya, lagi pun dah tiga tahun aku tak balik raya, aku tak suka balik time raya, dulu pernah ada member aku antar VCD cerita Si Tenggang kat aku, metafora anak derhaka, cam haram,


dah aku nak sambung kerja, pasang wallpaper gambar pantai dan bunyi ombak...

Wednesday, March 17, 2010

berenang di sungai susu berdarah...

depa mai lagi kali ni dah dekat betahun tak jumpa, dengan gaya gemok ramping aku berjaya menghanyut ke depan stage, 

1 2 3...lagu jalan laju aku terus terbawa ke tahun 1992, Machine One Club, stage sempit macam dulu-dulu sound merabak telinga, salah gaya wayar mikropon boleh terlilit telinga, aku tersentap dan  tanya Fathul " ni nak amik gambaq ka aku kena jaga stage?" dia senyum saja...hehehe

memang set list tak panjang tapi sikittt cukuppppp

peluh hilang semangkok, kaki lenguh, rambut serabai, tengkok buat-buat sakit (konon bangin'), sampai sekarang aku masih dok terasa goosebums nya, thanks guy for those memory again

soalan paling best selepas abis show tadi, "ko balik brickfield tak nanti?" hehehe


kasi pecccahhhh


shreddin' and thrashin'


draggin' us down to memory lane

shapechangerrrrrr





semua gambar adalah hakmilik magnuscaleb photography

Tuesday, March 16, 2010

ada sungai mengalir susu mendarah...

ini malam mau growl-along sama Infectious Maggots (original lineup) di Cloth n Clef, angkat itu tangan tunjuk-tunjuk sama penyanyi yeah...

Monday, March 15, 2010

kereta penambang...

mungkin dah biasa hidup mewah, melebihi apa sepatutnya dan mungkin juga ada amalan berjudi di malam hari, hampir separuh (tak semua) teksi di kuala lumpur menipu pelancong dengan tanpa rasa bersalah, walaupun dah ada stiker "metered taxi" dengan muka tak malu nak charge dari KLCC ke Time Square RM30, ini bukan bodoh tapi jahat dan keji, tak ada maruah, aku rasa malu dengan kawan-kawan dari luar negara yang datang komplen tentang teksi Malaysia

aku rasa kena buat macam teksi di Jakarta dan Bandung (Blue Bird), amat bagus dan jujur, tak sangka Kota Jakarta yang di katakan kejam punya pemandu teksi yang jujur, rahsianya adalah: orang ramai boleh buat aduan terus pada syarikat teksi yang menipu, tak kira anda penumpang atau pun tengah lepak tepi jalan kalau nampak teksi bawak penumpang tapi lampu di atas menyala (tak on meter) buat aduan, pengadu akan di bayar sagu hati dan pemandu akan terus di buang kerja 24jam, macam tu baru depa tau,

hidup kena ikut standard pekerjaan dan kewangan kita, bapak aku kerani rendah dan dia tak hidup macam penolong pegawai daerah, aku percaya akan pegangan itu, jika anda menjalani kehidupan melebihi dari apa yang anda sepatutnya mampu, there's something ethically wrong with your financial input (aku bercakap akan kejujuran mencari rezeki)


aku simpati dengan pemandu-pemandu teksi sebenar yang jujur dan berhemah dan kita kena buat sesuatu akan pemandu-pemandu taksi yang keji ini.

Wednesday, March 10, 2010

ada penumbuk dalam gelap...

dua tiga hari ni twitter aku penuh dengan #memorisekolah, tergelak jugak aku baca depa punya cerita, namun aku punya pendapat berbeza, aku tak suka sekolah tah kenapa, mungkin tu yang tak pandai sangat ni and kerja biasa-biasa jer hehe, aku cuba gak kenang kan...tak dak apa yang menarik di alam persekolahan ku,

aku alami zaman persekolahan macam orang lain gak lah, nak kata nerd aku duduk dalam peratusan bebudak yang pernah terpukul cikgu, nak kata cemerlang tak dak la juga, sampai cikgu add math aku tak tegur aku sampai tamat sekolah, punya memandai, sukan? hang pa gila ka tukang perabis air minum team bola buleh la, tak pekenan sungguh aku pi sekolah, kena bangun awal, join ko-ku, di paksa lari merentas desa, hisss nasib baik aku pustakawan (yang sesekali songlap buku)...errr aku suka pengakap yeah

aku lebih suka zaman remaja baru masuk dua puluhan, budak kampung yang di besarkan dengan sawah padi, main kombat dalam hutan nipah dan tengok Blocker Corps Machine Blaster, kepada jejaka...ewah, yang sambut harijadi yang kedua puluh di rumah koci kawan-kawan baru (pekerja-pekerja indo) di pandan perdana (yang dalam proses pembinaan time tu), aku tak kerja kontrek tapi lepak dengan diorang, aku kena culture shock kaw-kaw punya, belajar lari dari polis walau tak buat kesalahan apa pun hehe, tanya soalan bodoh kat brader burger depan flat aku "kenapa ada banyak parang panjang kat dalam stall ni brader?"

aku suka zaman ni, aku kenal dunia reality jauh dari mak-bapak, sedara mara, aku datang bukan untuk sambung belajar tapi untuk kerja, cari duit sendiri, "hang nak isap rokok cari duit sendiri" kata bapak ku, sini tak boleh jerit "mak, nak makan, lapaq", itu pasai aku tak pekenan cerita zaman sekolah, dah la time tu takda gelpren,

aku amat suka zaman tu tak dak sesiapa nak buat ka dalam twitter hehehe

walau bagaimanapun aku tetap suka baca hangpa punya cerita zaman sekolah, teruskan menulis boleh bikin aku senyum tebal dan hilangkan rasa penat, mana tau mungkin ada cerita hangpa yang boleh buat aku terimbau...yeah :)








ps: senyum tebal untuk orang berbadan tebal sahaja, sila rujuk pada pipi untuk senyum nipis hehehe

all those small things...

cerita-cerita kecil di Kuala Lumpur


1.

seperti yang anda sedia maklum aku ke pejabat menggunakan LRT yang aku akan turun di station Masjid Jamek, sesampai di situ aku pasti beli air soya bean (sumber protien aku) pada satu auntie berketurunan cina nih, aku beli sebab dia ada tiga jenis peringkat gula, satu titik (tanda atas tutup botol) manis, dua titik separuh manis dan tiga titik rasa gula kat hujung-hujung saja,

Isnin lepas ada satu brader bertali leher dan berseluar kaki senteng (nampak buku lali) sound aku "apesal tak beli kat orang kita?" memang ada pakcik jual soya bean kat sebelah auntie tu, "entah halal ke tidak" sambungnya lagi, aku hanya senyum tebal dan balas balik "kalau sedara tu buat soya bean extra kurang manis macam auntie ni pasti saya beli" dengan muka tak puas hati dia kata balik kat aku sambil berdengus "orang sekarang ni mengada-ngada nak macam-macam, susahlah macam tu nak kena buat tiga rasa, susah nak laku semua?"

aku terus blah dan dengan kurang ajarnya aku jawab dengan separa jerit "jangan lah meniaga kalau pikir macam tu, tak pernah dengar perkataan Daya-Saing ke?"

macam ni punya orang pun ada, susah malaysia nak maju kalau metaliti macam ni wujud lagi


2.

semalam aku dalam LRT nak pulang ke rumah, err perut penuh baru makan di Bakthi Woodlands, aku pasang iPod, letak headphone, ada tiga gadis sekolah menengah siap pakaian seragam berdiri sebelah aku, tengok dari buku yang mereka pegang aku tuduh mereka di tingkatan empat, bosan dengan lagu setlist lama aku nak tukar ke irama french-house (wow techknow la beb) lalu aku terdengar bicara mereka bertiga (mereka pikir aku sibuk melayan irama) dan aku terus mendengar, apakah ini eavesdropping? hehe

macam-macam topik aku dengar, berbezanya mereka dengan zaman aku sekolah dulu, namun itu semua kita kena hadapi dan terima akan perubahan masa, zaman dan budaya, banyak perkara yang taboo sudah di bincangkan dengan selambanya di public, yang jadi masalahnya nya ibu-bapa/penjaga/generasi yang lebih tua yang tidak bergerak dengan zaman, pegun dalam ruang vakum mereka, bukan di minta untuk menjadi terlalu liberal atau membanggakan freedom, perlu update dengan situsai semasa, agar tak jadi macam satu makcik yang aku kenal terduduk, meracau dan hampir pensan bila dapat gambar anak perempuan nya yang amat bersopan dan tertib tingkah laku sedang berpeluk dengan bee-eff dan pegang botol hijau, atau pun pak cik rumah hujung yang tetiba jadi Badang bila dapat tahu anaknya terunanya dah tujuh tahun tak minat kat perempuan,

pendekatan baru penting untuk generasi baru, jurang generasi kini perlukan pandangan yang berbeza untuk proses pembimbingan, aku dan teman-teman sebaya merupakan Generation X yang di tengah-tengah (1981 is the last one) , harap kami diterima oleh Generasi Y yang sedang membesar ini,

bila salah seorang dari mereka berkata dalam keadaan berbisik "aku tak suka betul dengan Herri tu, dia tak suka pakai kondom..." aku terus sambung pasang lagu, terdengar suara mereka ketawa mengelitik, ergh, tak sanggup pakcik nak dengar.

Monday, March 08, 2010

melentur logam di gejala el nino...

ahad petang aku langgar ke One Cafe untuk layan band-band metal kawan-kawan dan anak-anak baru, aku masih belum puas hati dengan pencapaian dengan lens baru ni, perlu polish dan banyak latihan, aku perlu duduk dalam mosh pit, buat dua benda paling aku suka dalam satu masa, body-wackin' and amik gambar, aku rasa photograper untuk gig juga perlu duduk dalam mosh-pit baru dapat feel, tapi jangan lupa cepat-cepat cuci lens yang penuh dengan peluh manusia hehehe

Silent Death - A Rebirth

One Cafe, KL, 07/03/2010

Reptilia dari Sabah layan crowd sambil bawa lagu cover Rockers "Kekejaman"


SheWolve an all girls band, gaya sudah hebat, kena banyak praktis lagi, keep on rawkin girls


Key Pesakh dan band nya Mystic, masih dengan gaya dramatik (dia kecewa tak boleh pakai corpse paint kat muka hehe)

Antacid band dari kajang yang aku paling suka buat masa ni mengimbau zaman thrash

Stone dan Joe Slaughter dari Silent Death, gig ni memang untuk meraikan kemunculan kembali mereka ke arena Metal

semua gambar-gambar dia atas hakmilik magnuscaleb photography

Wednesday, March 03, 2010

kekotak besi yang ada nyawa...

ini kuala lumpur yang suhu nya 24-38 darjah, yang memang ternyata bukan eropah malah struktur jalan rayanya pun jauh berbeza mentelah lagi sistem pengangkutan nya amat berlainan dari negara kita malaysia

tapi orang selalu bertanya kenapa aku tak beli kereta dan tak bawa kereta,

aku sebenarnya tak ada dan tak pandai bawak kereta, sebab aku tak suka benda laju dan yang tak simetrical (aku kira kereta F1 lojik simetrical) aku percaya pada pengangkutan awam (bas dan lrt) teksi bukan pilihan utama kerana iya nya kereta (iron coffin kata teman-teman dari new york) kalau aku menumpang kereta hanya beberapa orang sahaja yang aku selesa kerana mereka memandu dengan pace yang aku rasa tenang (fahmi, arip dan puan zakk bini cik rahim)

dari seusia remaja aku tak pekenan bawak kereta walau pun di paksa oleh bapak aku, aku lebih suka lepak tepi sawah main gitar...eerr tak itu aku reka, aku lebih suka naik basikal atau moto kapcai bapak aku (yamaha autolube75) yang dia selalu bawak ke surau, tapi aku bawak untuk lepak studio jamming tak pun main snooker,

ternyata ketidaksukaan aku pada kereta makin menjadi bila aku tinggal di kuala lumpur, ramai di kota ini pandu kereta macam bini depa dah nak beranak dan kereta di anggap lambang kemewahan, pengukur status mungkin, namun untuk menentang idea berkenaan aku perlu tempuhi kelemahan sistem pengangkutan awam di malaysia,

aku sudah biasa dengan bas dan lrt jadi kalau ada temu janji jam 5 petang pukul 3.30 pm aku dah keluar, sampai pasti bertepatan (kerana perlu akur dengan jadual pergerakan kenderaan) bukan 4.45pm baru berlari ke parking (kerana percaya dengan kereta boleh sampai dengan tepat)

setelah bertahun diam di kota ini aku sudah tahu selok belok mencuri masa untuk sampai ke suatu tempat dengan cepat walaupun di cengkam kesesakan jalan raya...chewahh, ini skill tak boleh di beli kena lalui secara jangka panjang atau pun aku mengambil keputusan untuk tidak ke situ abis cerita,

hanya satu kenderaan yang paling aku suka adalah basikal, beskat, gerek dan beberapa nama saintifik yang lain, aku dah mengayuh secara religously lebih 5 tahun, aku bikin kayuhan dari rumah ke pejabat hari-hari untuk jimat wang, bukan sebab trend, basikal bukan pakaian tapi nesessity macam kenderaan yang lain, macam pak usup sebelah rumah aku di kampung dia buat basikal releigh klassik (yang kini harganya beribu mengikut penggemar basikal antik) buat angkat guni-guni padi namum pada sesapa yang nak bawak basikal secara bergaya silakan tiada salah akan perlakuan itu mungkin akan menambahkan lagi kesedaran masyarakat akan self propelled machine ini, sekarang aku berehat mengayuh (cuma mengayuh di kawasan persekitaran radius 30km sahaja) kerana cuaca dan kaki sebelah kanan ada sedikit problem (akibat mengayuh tidak mengikut aturan, waktu zaman jahiliah katakan)

aku mungkin beli kereta kalau pemandu malaysia sudah boleh beradap macam pemandu di canada atau mungkin jika aku perlu mengadakan kenderaan kalau aku sudah punya sang isteri yang mahu bersalin *sigh*

walau apapun aku tetap tak suka benda laju dan berbunyi kuat kecuali lagu thrash,

rasa nak letak minyak rantai basikal malam ni :)

Monday, March 01, 2010

ketika rindu bergebu-gebu...part II

mereka datang dan menggongcang jiwa dan membikin raga ini bergerak mengikut irama, ada kata-kata resah yang menghampar rindu ada komentar bagai halalintar di sebelah garuda

Efek Rumah Kaca memanggung di Kuala Lumpur


puisi di simbah cahaya cahaya

gambar kenangan

rakan-rakan dan pemuda pemudi yang bergoyang ria ketika lagu kurang sedih



gambar selebihnya aku akan up-load di facebook dan flickr ku



kesemua gambar-gambar di atas milik magnuscaleb photography



pagi syawal

1 syawal 1435, aku balik beraya naik kapal terbang kali ni, pulang dengan rasa hiba, pulang dengan tanggungjawab mengkebumikan ibu saudara ...